Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Isteri Didakwa Menipu Tanda Harga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Isteri Didakwa Menipu Tanda Harga

SITI Aishah Abdullah dan Saddam Abdullah 57, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu dengan menukar tanda harga barangan di Aeon Big Falim 7 April lalu di Mahkamah Majistret, Ipoh. – Foto L. Manimaran

IPOH: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dengan menukar tanda harga barangan di sebuah pasar raya di sini, Jumaat lalu.

Tertuduh, Saddam Abdullah, 57, dan Siti Aishah Abdullah, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.

Saddam dan Siti Aisyah dituduh menipu juruwang Nur Ayuni Hishammuddin dengan menukar tanda harga sebuah tilam bayi jenama C-CBHAUS PE FOLD daripada harga RM233 kepada RM26.90 di Pasaraya AEON Big Falim di sini, jam 11.17 pagi pada hari berkenaan.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau boleh didenda atau kedua-duanya sekali.

Siti Salwa kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM3,500 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 3 Mei ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oZwgbi

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.