Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKNS Tak Rasa Beban Hadapi Piala Sultan Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKNS Tak Rasa Beban Hadapi Piala Sultan Selangor

SITI Zubaidah Abdul Jabar (dua, kiri) ketika mendengar ucapan Pengerusi Piala Sultan Selangor 2017 Tan Sri Abdul Karim Munisar (tiga, kiri) di Kompleks padang latihan PKNS Kelana Jaya. -Foto Osman Adnan

KELANA JAYA: Presiden Kelab Bola Sepak PKNS (PKNS FC), Siti Zubaidah Abdul Jabar mengakui tidak bimbang dengan pemain yang berkemungkinan berdepan kecederaan atau kepenatan selepas terpaksa mengharungi dua perlawanan Liga Super dan Piala Sultan Selangor pada 6 Mei ini.

Zubaidah menjelaskan, pegawai perubatan pasukan sentiasa memantau keadaan pemain bagi memastikan mereka tidak berdepan masalah dalam melakukan persiapan untuk dua perlawanan itu.

“Dari segi jadual, kita sudah mendapat kelulusan daripada FMLLP (Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia) untuk menunda perlawanan Liga Super dengan Kedah yang sepatutnya berlangsung pada 6 Mei kepada 9 Mei.

“Pasukan perubatan kita juga akan memantau semua pemain dan jurulatih (E Elavarasan) perlu membuat perancangan terbaik untuk memilih pemain.

“Kedua-duanya (Liga Super dan Piala Sultan Selangor) adalah keutamaan kami dan ia satu tanggungjawab yang harus dipikul PKNS,” katanya, hari ini.

Mengulas persiapan skuad Semut Merah, Zubaidah menjelaskan mereka sedang giat melakukan persediaan untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United bagi aksi Liga Super, Sabtu ini dan 26 April ini.

Katanya, kedudukan kurang memuaskan PKNS dalam Liga Super juga bukan masalah dan beliau yakin pemain mampu beraksi cemerlang untuk merebut Piala Sultan Selangor apabila berdepan Singapura.

“Kita sedang mempersiapkan pasukan untuk berdepan JDT dan Melaka United, ia juga sebahagian daripada persiapan kita untuk menghadapi Piala Sultan Selangor.

“Saya berfikiran positif, apabila diberi tanggungjawab ini, pihak pengurusan dan pasukan perlu bekerjasama termasuk memperbaiki prestasi pasukan dalam liga,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o01Uko

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.