Xiaomi Mi 6 Bakal Dilancarkan Pada 19 April
Xiaomi sedia mempunyai beberapa penawaran peranti pada harga sangat kompetitif, dan salah satu peranti utama keluaran mereka adalah dibawah keluarga “Mi”. Terkini, pihak Xiaomi telah berkongsi, memperlihatkan Xiaomi Mi 6 bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan di China, iaitu pada 19 April.
Info penuh mengenai peranti ini masih menjadi tanda tanya. Desas-desus mengatakan ia mungkin hadir dengan cip Snadragon 835, selain hadir dengan memori 4GB RAM – termasuk pilihan Mi 6 Plus dengan memori sehingga 6GB RAM. Mi6 dijangka menggunakan skrin 5.1-inci sementara Mi6 Plus pula dijangka menggunakan skrin 5.7-inci.
Seperti biasa, segalanya akan terjawab secara rasmi pada minggu hadapan melalui pengumuman rasmi Xiaomi kelak.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pospRg✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment