Penyampai Berita 'berangan' Semasa Ke Udara Digantung Tugas
PENYAMPAI berita yang secara tidak sengaja ‘berangan’ semasa berita sedang disiarkan, dilaporkan telah diarahkan agar tidak muncul dalam mana-mana siaran berita dalam masa terdekat.
Dalam satu video siaran berita yang tular, Natasha Exelby, penyampai di saluran ABC24 di Australia, dilihat sedang bermain dengan pen dan terkejut apabila menyedari dia sedang on-air (ke udara).
Insiden itu menyebabkan ramai rakan penyampai berita, khususnya di Australia, untuk membuat pengakuan bahawa apa yang terjadi adalah perkara biasa dan pernah dialami hampir kesemua mereka.
Tindakan saluran itu yang menggantung Exelby daripada tugasan membaca berita dianggap ramai sebagai keterlaluan kerana ia kesilapan yang tidak disengajakan.
Bagaimanapun, seorang jurucakap saluran ABC memberitahu The Daily Telegraph, Exelby sebenarnya bukan penyampai berita tetap di situ, sebaliknya seorang penyampai bebas, di mana dia akan dipanggil apabila diperlukan.
Justeru, biarpun tidak membaca berita, Exelby tetap akan menjalankan tugasan-tugasan lain seperti yang dikehendaki pengurusan saluran terbabit.
Exelby dilaporkan baru sahaja pulang dari satu tugasan di Syria yang akan disiarkan saluran TRT World.
Ini bukan kali pertama Exelby terlibat dalam kontroversi seumpama ini. Beberapa tahun lalu, dia pernah dikritik apabila ketawa ketika menyampaikan berita tentang sebuah tunjuk perasaan yang mengakibatkan banyak kematian di Brazil.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nXR66a✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment