Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Sasar Jadi Hab Pasaran Kenderaan Elektrik – Ongkili - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Sasar Jadi Hab Pasaran Kenderaan Elektrik – Ongkili

KOTA KINABALU: Malaysia sedang mengorak langkah untuk menjadi hab pasaran kenderaan elektrik dengan menyasarkan sebanyak 100,000 kereta elektrik, 100,000 motosikal elektrik, 125,000 stesen pengecas dan 2,000 bas elektrik di jalan raya menjelang 2030.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata maltamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pasaran kenderaan elektrik telah ditetapkan dalam Pelan Induk Teknologi Hijau Negara dan Electric Mobility Blueprint (EMB).

“Dengan sasaran itu, sektor pengangkutan kerajaan perlu memulakan langkah untuk membangunkan Sektor Teknologi Hijau dengan lebih agresif.

Kesedaran dalam kalangan rakyat juga amat penting untuk menghasilkan landskap mobiliti rendah karbon di Malaysia.

“Oleh itu pengguna perlu diyakinkan bahawa kenderaan elektrik merupakan salah satu pilihan yang setanding dengan kenderaan sedia ada pada masa ini,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Program Sikal Elektrik Rakyat 1Malaysia (SER1M) di Universiti Malayisa Sabah (UMS), dekat sini, hari ini.

Ongkili berkata Pelan Induk Teknologi Hijau Negara dan EMB dilaksanakan untuk menangani isu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang memberikan tumpuan kepada pembanguanan industri kenderaan elektrik.

“EMB adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkenalkan kenderaan elektrik bagi mengantikan kenderaan diesel/petrol. Peluasan penggunaan kenderaan elektrik adalah penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil yang menjadi sumber tenaga bagi semua pengangkutan udara, marin dan darat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis itu, Ongkili berkata Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta pada tahun lepas untuk melaksanakan SER1M dan kementeriannya telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana.

Katanya, di bawah program itu, sebanyak 1,200 buah basikal elektrik atau Electric Pedal Assisted Bicycle (EPAB) akan diserahkan kepada enam universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan UMS.

“Setiap universiti akan mendapat 200 buah basikal elaktrik dan akan diserahkan secara berperingkat. UMS adalah universiti pertama yang menerima kesemua 200 basikal elektrik berkenaan hari ini,” katanya.

Beliau berkata program itu bertujuan untuk mempromosikan teknologi hijau melalui amalan hijau kepada golongan muda terutamanya pelajar universiti.

Katanya, basikal elektrik yang digunakan dalam program itu adalah keluaran syarikat tempatan iaitu Voltron Malaysia Sdn Bhd, yang mampu mendaki bukit setinggi 30 darjah dengan mudah serta sangat sesuai dengan keadaan universiti di Malaysia.

Pada majlis itu, Ongkili turut mengumumkan geran peruntukan audit tenaga sebanyak RM55,000 kepada UMS.

Menurutnya, peruntukan itu adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu melalui kemudahan geran bersyarat untuk projek kecekapan tenaga bagi pemilik bangunan yang menggunakan tenaga elektrik tidak melebihi 100,000 kWh sebulan.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pooh43

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.