Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tukar Tanda Harga Tilam Bayi, Suami Isteri Didakwa Di Mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tukar Tanda Harga Tilam Bayi, Suami Isteri Didakwa Di Mahkamah

IPOH: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menipu dengan menukar tanda harga barangan di sebuah pasar raya di Falim, dekat sini, Jumaat lalu.

Sadam Abdullah, 57, dan Siti Aishah Abdullah, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.

Sadam dan Siti Aishah dituduh menipu juruwang Nur Ayuni Hishammuddin, 22, dengan menukar tanda harga tilam bayi jenama C-CBHAUS PE FOLD daripada harga RM233 kepada RM26.90 di pasar raya AEON BIG Falim di sini jam 11.17 pagi, 7 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda, atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam Raja Mohd Iskandar Zulkarnain Raja Abdul Malek.

Siti Salwa kemudiannya menetapkan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan 3 Mei ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nzGEq7

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.