Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rita Anggap Dakwaan Nikah Aqasha di Thailand Lucu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rita Anggap Dakwaan Nikah Aqasha di Thailand Lucu

Tidak cukup dengan dakwaan dia kononnya mengganggu rumah tangga Aqasha, timbul juga spekulasi mengatakan Rita Rudaini dan aktor itu sudah bernikah di Thailand.

Mengulas mengenai khabar tersebut, menerusi laporan Harian Metro, Rita mengganggap dakwaan tersebut lucu.

“Ini antara persoalan yang buat saya tergelak. Komen itu memang kelakar. Jangan disebabkan saya pernah berkahwin di Thailand perkara sama dibangkitkan, katanya.

Tidak mahu ambil pusing dengan dakwaan tersebit, bagi Rita apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai ibu kepada dua anak lelaki dan amanah kerja perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Rita tidak mahu kekecohan yang timbul itu mengganggu kualiti kerjanya.

“Komen yang ditulis seolah-olah mereka berada di tempat kejadian. Boleh saja saya balas satu persatu tapi tak ada gunanya. Saya masih boleh berfikir secara waras. Pada masa sama saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan.

“Apabila membabitkan laman sosial, saya tak ada hak melarang mereka bersuara. Lagipun, saya sudah lali dengan komen dan kritikan pengguna laman sosial. Baik atau tidak, pasti ada yang tak suka,” katanya.

The post Rita Anggap Dakwaan Nikah Aqasha di Thailand Lucu appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p2hSMg

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.