Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya tidak ada rupa, gigi pun besar-besar’ – Usop Mentor Milenia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya tidak ada rupa, gigi pun besar-besar’ – Usop Mentor Milenia

Tidak dinafikan Usop antara bintang muda yang viral kini dan menjadi perhatian ramai.  Namun ada juga yang menjadikan isu wajahnya yang kurang komersial sebagai bahan gurauan.

Usop ketika ditemu bual menyifatkan ia adalah sesuatu yang normal.

“Saya hanya mahu cari rezeki halal, berniat untuk ubah nasib keluarga. Kalau mereka nak mengata saya, maknanya mereka menghina ciptaan Allah SWT juga.

“Apa pun, saya tidak mahu pandang ia serius sangat sebab saya hanya mahu fokus pada pertandingan ini dan berikan yang terbaik setiap minggu, Insya-ALLAH.

“Saya percaya pada rezeki. Saya tidak ada rupa. Gigi pun besar-besar. Apa yang boleh saya berikan adalah bakat yang diberikan Allah SWT,” katanya merendah diri.

Ditanya mengenai sisi kehidupannya kini, Usop mengakui sejak viral, kehidupannya berubah 360 darjah. Agak terkejut dengan apa yang berlaku, namun secara perlahan-lahan Usop sebolehnya membiasakan diri.

“Sepatutnya bila jadi protégé, kita akan bermula dari bawah. Tapi saya kira ‘meletup’ terus. Takut ada, seronok pun ada.

“Sebab bagi saya, viral ini ada dua impak. Sama ada ia boleh terus menaikkan atau akan menjatuhkan kita. Itu yang saya bimbang,” jelasnya.

Kata Usop lagi, bilangan pengikutnya di laman IG juga naik mendadak.

“Dulu saya hanya ada dalam seratus lebih pengikut saja. Tapi kini ia sudah mencecah kepada ratusan ribu.

“Terima kasih buat semua yang menyokong perjalanan dan harapnya sokongan kalian akan berterusan sampai bila-bila,” akhiri Usop yang turut berazam untuk mempunyai sebuah single genre rock balada selepas Mentor Milenia berakhir.

The post ‘Saya tidak ada rupa, gigi pun besar-besar’ – Usop Mentor Milenia appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2onVoaf

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.