Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cheng Hoe Serah Surat FAM Pada KFA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cheng Hoe Serah Surat FAM Pada KFA

JURULATIH Kedah, Tan Cheng Hoe bertemu Menteri Besar yang juga Presiden Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di pejabatnya di Alor Setar, hari ini. – Foto Ihsan Pejabat MB Kedah

ALOR SETAR: Pengendali skuad Helang Merah, Tan Cheng Hoe mengesahkan sudah menyerahkan surat tawaran rasmi jawatan sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Katanya, surat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu diserahkan kepada Setiausaha Agung KFA, Datuk Aminuddin Omar pada Khamis lalu, selepas menerimanya sehari sebelum itu.

“Saya terima surat tawaran daripada FAM itu pada Rabu lalu dan saya anggap ia sebagai satu penghormatan. Dalam masa sama, saya menyerahkan kepada KFA untuk membuat sebarang keputusan.

“Saya rasa sangat gembira dengan tawaran terbabit dan saya percaya mana-mana jurulatih pun akan berbangga sekiranya ditawarkan untuk mengendalikan pasukan kebangsaan.

“Buat masa sekarang, saya serahkan kepada KFA untuk pertimbangkan tindakan lanjut. Sehingga keputusan itu dibuat, saya akan memberi sepenuh tumpuan kepada skuad Kedah kerana saya masih jurulatih mereka,” katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar merangkap Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, di pejabatnya di sini, hari ini.

Pada minggu lalu, KFA memutuskan Cheng Hoe kekal sebagai jurulatih skuad Helang Merah kerana masih terikat dengan kontrak perkhidmatan yang akan tamat hujung tahun ini.

Dalam pada itu, mengulas pertemuannya kira-kira 30 minit dengan Menteri Besar Kedah itu, Cheng Hoe berkata ia bertujuan memaklumkan mengenai surat tawaran daripada FAM itu dan pendiriannya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nYTPfr

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.