Hi! Welcome Back and Stay Tune! Argentina Pecat Jurulatih – Bauza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Argentina Pecat Jurulatih – Bauza

EDGARDO Bauza. – Foto REUTERS

BUENOS AIRES: Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) sebentar tadi memecat Edgardo Bauza sebagai jurulatih selepas krisis dalaman pasukan yang menyaksikan skuad kebangsaan itu bergelut untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Tindakan itu adalah satu langkah besar dan berani AFA sejak melakukan rombakan besar besaran jawatankuasa eksekutif badan itu bulan lalu, khas untuk menamatkan prestasi tidak menentu Argentina.

“Kami sudah mencapai persetujuan. Kami memaklumkan kepada Edgardo Bauza dia bukan lagi jurulatih Argentina,” kata Presiden AFA yang baharu, Claudio Tapia selepas mengadakan pertemuan dengan Bauza di ibu pejabat badan induk bola sepak negara itu.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan siapa yang bakal menggantikan Bauza dan cuma memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Pasukan di ranking kedua dunia itu berisiko gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1970. Pemain bintang mereka, Lionel Messi terlepas tiga lagi perlawanan kelayakan selepas digantung.

Selepas kalah kepada Bolivia bulan lalu, Argentina jatuh ke tangga kelima peringkat kumpulan – terkeluar daripada senarai empat teratas yang akan layak secara automatik.

“Pasukan kebangsaan beraksi begitu teruk dan semua orang sedar perkara itu,” kata Tapia, minggu lalu.

Hero Piala Dunia Argentina, Diego Maradona pula berkata, dia bersedia untuk tampil merayu kepada FIFA mengenai isu penggantungan Messi.

Tetapi, ia dilihat bertentangan dengan prinsip badan induk bola sepak dunia berkenaan. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oSPpf5

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.