Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cabutan Bertuah RM1 Juta Pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71

KUALA LUMPUR: Anggota UMNO yang hadir pada sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai kira-kira RM1 juta.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia meliputi enam buah kereta Proton iaitu Perdana, Suprima, Persona, Preve, Iriz, Saga dan sebuah Perodua Myvi serta 10 buah motosikal.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka hanya layak menyertai cabutan bertuah itu apabila mendaftar sebagai anggota UMNO dan pemilih selain menghadirkan diri pada acara sambutan berkenaan.

“Mereka juga perlu mendaftar hadir di Bukit Jalil menerusi aplikasi Malaysia4all bermula pada hari ini sehingga 12 tengah hari, 10 Mei,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Selasa.

Katanya, hadiah berkenaan sebagai menghargai anggota UMNO yang hadir dan bersama-sama memperjuangkan parti terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang serta memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata bagi menjamin ketelusan, sebuah agensi audit antarabangsa dilantik bagi mengawal selia cabutan bertuah berkenaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata pelbagai program diadakan sempena sambutan ulang tahun tersebut termasuk acara kesukanan seperti bola sepak dan tarik tali serta pelepasan larian bendera bermula 1 Mei secara serentak di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah yang berakhir di Bukit Jalil pada 11 Mei.

Selain itu, beliau berkata karnival kerjaya anjuran Pemuda UMNO akan turut diadakan pada 10 Mei di perkarangan stadium berkenaan.

Katanya, pihak urus setia sambutan turut menganjurkan pertandingan esei dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta rakaman video berdurasi tidak melebihi tiga minit bertemakan ‘tujuh dekad membangunkan bangsa’.

Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori bakal menerima wang tunai RM5,000, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga) serta hadiah iringan berupa plak dan gajet, katanya.

Ab Rauf berkata mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh menghantar esei tidak melebihi 1,500 patah perkataan dan video menerusi emel eseiumno71@gmail.com.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0Ra9P

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.