Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mana Adi Putra?, Hanya Isteri Pertama Hadir Di Mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mana Adi Putra?, Hanya Isteri Pertama Hadir Di Mahkamah

Adi Putra dilaporkan sekali lagi tidak muncul di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi kes permohonan cerai terhadap isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof. Ini merupakan kali kedua pelakon itu tidak menghadirkan diri.

Menerusi laporan mStar online, isteri pertamanya yang juga lebih mesra dengan sapaan Aida hadir dan berada dalam mahkamah seorang diri kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum meninggalkan dewan mahkamah pukul 9.15 pagi.

Aida kemudiannya memaklumkan bahwa Adi tidak hadir.

Bagaimanapun wanita berusia 42 tahun itu enggan menjawab pertanyaan lain dan memberitahu dia perlu ke kaunter mahkamah untuk membuat bayaran. Namun tidak dapat dipastikan bayaran apakah yang hendak dilakukan itu. Pihak mahkamah juga enggan mendedahkan perkembangan mengenai kes melibatkan pasangan selebriti itu.

Pada 31 Mac lalu, kes berkenaan sepatutnya didengar di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid namun Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, turut tidak muncul.

Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.

Manakala Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).

The post Mana Adi Putra?, Hanya Isteri Pertama Hadir Di Mahkamah appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2olPJle

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.