Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cerita sebenar remaja 14 tahun konon dirogol pemandu teksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cerita sebenar remaja 14 tahun konon dirogol pemandu teksi

Cerita sebenar remaja 14 tahun konon dirogol pemandu teksi|Polis menafikan dakwaan remaja perempuan dirogol pemandu teksi dalam kejadian Ahad lalu sebaliknya pelajar berusia 15 tahun itu sebenarnya meluangkan masa bersama teman lelakinya di Dabong, Kuala Krai pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata, remaja itu mengaku telah berjumpa teman lelakinya berusia 17 tahun dan melakukan hubungan seks secara suka sama suka.

Katanya, remaja berkenaan yang takut perbuatannya itu terdedah telah membuat laporan palsu dengan mengaitkan seorang pemandu teksi telah merogolnya semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketereh.

“Tuduhan remaja itu hanya cerita rekaan semata-mata. Kes itu telah dimanipulasikan dan siasatan polis mendapati pemandu teksi seperti yang didakwa sebagai pelaku dalam kes tersebut sebenarnya tidak wujud,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut mengenai kes tersebut sedang berjalan.

Semalam polis menafikan laporan seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa nafsu buas seorang pemandu teksi apabila dirogol ketika menaiki kenderaan tersebut untuk pulang ke rumahnya di Ketereh.

Kejadian tersebut telah viral di laman sosial facebook sejak kelmarin mengenai seorang remaja perempuan dirogol dan ditinggalkan pemandu teksi di tepi jalan di Tanah Merah.

The post Cerita sebenar remaja 14 tahun konon dirogol pemandu teksi appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2poH8vE

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.