Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majlis Penutup Sukan SEA Diawal Sehari

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. – Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Tarikh majlis penutup Sukan SEA ke-29 diawalkan sehari kepada 30 Ogos bagi menghormati sambutan Hari Raya Haji yang jatuh pada 1 September.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) yang bermesyuarat hari ini.

Mengikut jadual asal, temasya berkenaan sepatutnya diadakan dari 19 hingga 31 Ogos dengan majlis perasmian penutup dijadual berlangsung sempena ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60.

“Kami mengambil keputusan ini bagi menghormati Hari Wukuf dan malam Raya Haji yang jatuh pada 31 Ogos. Ini akan melibatkan perubahan jadual beberapa acara yang sepatutnya diadakan pada 30 dan 31 Ogos kerana temasya berkenaan akan tamat sehari awal.

“Tetapi ia tidak mendatangkan masalah besar kepada kita kerana kita ada buffer satu hari dalam jadual asal. Perkara ini telah diumumkan kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di kementeriannya di sini, hari ini.

Perubahan ini menjadikan Sukan SEA Malaysia berlangsung selama 12 hari seperti edisi-edisi terdahulu termasuk edisi 2013 di Myanmar dan edisi 2015 di Singapura.

Khairy berkata, kerja-kerja pertukaran jadual yang melibatkan beberapa jenis sukan akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar, sebelum diumumkan melalui laman web rasmi temasya berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata pengubahsuaian jadual pertandingan akan dibuat selepas berbincang dengan penyiar dan persatuan sukan yang terlibat.

“Semua acara perlu tamat sebelum tengah hari 30 Ogos bagi membolehkan atlet dan pegawai bersedia untuk majlis penutup. Acara-acara pada 31 Ogos akan diadakan sehari awal, manakala acara pada 30 Ogos akan dibawa ke hadapan mengikut kesesuaian,” katanya.

Mengikut jadual asal, acara terjun, luncur ais dan angkat berat sepatutnya diadakan pada 30 Ogos.

Manakala acara-acara yang dijadualkan pada 31 Ogos ialah badminton, kriket, berbasikal trek, polo, bola sepak, futsal, hoki padang, luncur ais, muay, sepak takraw, skuasy, taekwondo, ski air, dan angkat berat. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2po77TR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.