Hi! Welcome Back and Stay Tune! 92% Sekolah Capai Sasaran Pembabitan Ibu Bapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

92% Sekolah Capai Sasaran Pembabitan Ibu Bapa

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menyampaikan sijil anugerah kepada Mohd Nurul Nizam Basri (kanan) ketika majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia dan turut bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad (kiri) di Auditorium Cempaka Sari Perbadanan Putrajaya. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Sebanyak 92 peratus daripada lebih 10,000 sekolah di seluruh negara berjaya melebihi sasaran 65 peratus pembabitan ibu bapa dalam aktiviti sekolah, tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pencapaian itu membabitkan enam aktiviti sekolah yang digariskan di bawah Sarana Ibu Bapa, Pelan Pembangunan Pendidikan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Aktiviti berkenaan termasuk hari pendaftaran, hari penetapan target, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari pelaporan, hari sukan dan hari anugerah.

“Ini adalah antara pencapaian yang menjadi sasaran utama di PPPM ,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof.

Selain itu, Mahdzir berkata, peningkatan peratusan pra sekolah kementerian yang melepasi standard minimum prasekolah kebangsaan juga meningkat daripada 89.8 peratus pada 2015, kepada 99 peratus pada tahun lalu.

“Pencapaian lain termasuk peningkatan 77 peratus sasaran penjimatan yang dijajarkan kepada aktiviti yang mendukung keberhasilan murid, berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p1MsFY

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.