Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ji Chang Wook Hormat Prinsip Gadis Berhijab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ji Chang Wook Hormat Prinsip Gadis Berhijab

Aktor sensasi Korea, Ji Chang Wook, menghormati prinsip peminat muslim yang enggan bersentuhan dengannya ketika satu sesi bersua dengan peminat di ibu negara, baru-baru ini.

Kira-kira 30 orang peminat bertuah berpeluang bertemu dan bergambar dengan Chang Wook dalam pertemuan itu yang diadakan sejurus usai sidang media, bertempat di sebuah hotel Westin Kuala Lumpur.

Selepas sesi fotografi berkumpulan, Chang Wook diberitahu oleh pengacara majlis bahawa peminat dibenarkan ‘berhive-5’ dengannya sebelum meninggalkan pentas.

Ketika menyambut baik reaksi peminat, bagaimanapun beberapa peminat muslim memilih tidak mahu berbuat sedemikian. Saat menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan peminat namun ditolak, bintang berusia 29 tahun ini bagaimanapun memberi reaksi tenang sambil melemparkan senyuman.

Meskipun mulanya Chang Wook kelihatan tertanya-tanya kerana barangkali hairan dan kurang memahami akan reaksi peminat berkenaan, namun dia kemudiannya memberikan senyuman dan menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat terhadap peminat tersebut.

Situasi itu menunjukkan peminat kini semakin peka dan pandai menjaga batas serta ‘mengawal diri’ ketika bertentang mata dengan selebriti Korea pujaan mereka.

Umum sedia maklum, sebelum ini pernah tercetus beberapa isu dan kontroversi termasuklah insiden gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki K-Pop. Dek kerana isu yang tercetus sekitar tahun 2015 itu, banyak pihak melemparkan kecaman sehingga timbul gesaan supaya semua konsert K-Pop diharamkan di Malaysia.

Chang Wook buat pertama kali berkunjung ke Kuala Lumpur pada 8 April (Sabtu) lalu bagi mempromosikan filem terbaharunya, Fabricated City.

Dituduh Membunuh

Berkongsi serba sedikit mengenai Fabricated City, Chang Wook berkata, walaupun pernah membintangi siri aksi namun wataknya kali ini sangat mencabar kerana bukan saja menuntut melakukan banyak stunt dan babak bergaduh bahkan dia berdepan dengan cabaran menjalani penggambaran dalm cuaca yang sangat sejuk.

“Karakter kali ini, banyak babak aksi dan bergaduh. Ia sangat memenatkan tetapi saya berusaha memberikan lakonan yang terbaik.

“Walaupun begitu, mujur sepanjang penggambaran, saya tidak mengalami kecederaan yang terlalu serius cuma luka-luka kecil sahaja,” katanya.

Chang Wook melakonkan karakter sebagai Kwon Yu dimana di dunia realiti dia hanyalah seorang penggangur namun di dalam dunia maya, dia seorang pemain video yang sangat hebat.

Dia sering menghabiskan masanya di siber kafe untuk bermain video game sehinggalah hidupnya menjadi huru hara apabila dia dituduh membunuh dan melakukan seks sehingga dia meringkuk di dalam penjara. Dengan bantuan penggodam profesional, Yeo Wool (lakonan Shim Eun Kyung), Kwon Yu cuba merungkai kebenaran disebalik kes pembunuhan itu sekaligus membersihkan namanya semula.

Filem bergenre aksi-thriller ini bakal ditayangkan di pawagam terpilih tanah air mulai 20 April ini.

Mahu ‘Cuti-cuti’ Malaysia

Serius menceburi dunia sejak tahun 2007, Chang Wook tampil dengan debut menerusi filem Sleeping Beauty. Kemudian dia terus mencuri perhatian apabila memengang peranan utama drama 159 episod terbitan KBS, Smile Again.

Popularitinya semakin melonjak menerusi drama berlatarkan sejarah, Impress Ki (2013). Berbekal bakat dan karisma, pemuda berketinggian 180 sentimeter ini menjadi kegilaan bukan saja di Korea malah di Asia sekaligus mencipta fenomena menerusi watak sebagai pengupah misteri drama Healer dan sebagai pengawal peribadi dalam K2.

Impresif, bintang berasal dari Anyang, Korea Selatan ini pernah meraih beberapa anugerah seperti Pelakon Lekai Terbaik Drama (2011) dan Pelakon Paling Popular (2014) anugerah Drama KBS dan Pelakon Lelaki Paling Popular Luar Negara (Anugerah Drama TV Anhui).

Tidak hanya berlakon, Chang Wook juga menyanyikan lagu runut bunyi drama yang dibintangi antaranya To the Butterfly (Impress Ki), I Will Protect You (Healer) dan Kissing You (First Seven Kisses).

Terkini, Chang Wook sedang menjalani penggambaran drama romantik-komedi-thriller, Suspicious Romance yang dijangka akan ditayangkan pada Mei depan.

Beliau juga bakal memulakan latihan ketenteraanya sebelum hujung tahun ini.

“Ini pertama kali saya berkunjung ke sini dan saya sangat gembira serta terharu dengan sambutan peminat mengalu-alukan kedatangan saya terutama ketika tiba di lapangan terbang (malam Jumaat lalu).

“Kali ini saya tidak sempat bersiar-siar namun saya mahu datang lagi namun bukan atas sebab bekerja tetapi mahu bercuti dan melawati pelbagai tempat menarik di negara ini, satu hari nanti,” katanya.

The post Ji Chang Wook Hormat Prinsip Gadis Berhijab appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oTs5Oe

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.