Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera
MESKIPUN masih belum pulih dari kecederaan retak tiga jari kaki kanan, semangat Mohd Zaqhwan Zaidi tetap membara untuk mempertahankan kejuaraan dalam kategori SuperSports 600cc pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Buriram, bermula Khamis ini. – Foto Goh Thean Howe
KUALA LUMPUR: Meskipun masih belum pulih dari kecederaan retak tiga jari kaki kanan, semangat Mohd Zaqhwan Zaidi tetap membara untuk mempertahankan kejuaraan dalam kategori SuperSports 600cc pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Buriram, bermula Khamis ini.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mengalami kecederaan dan gagal meneruskan Perlumbaan 2 SuperSports 600cc selepas terjatuh pada peringkat awal perlumbaan, meskipun tampil cemerlang menjuarai Perlumbaan 1 sebelum itu pada pusingan pertama ARRC di Litar Johor, awal bulan ini.
“Kesakitan ini tidak apa-apa jika dibandingkan dengan semangat saya untuk menang. Kecederaan tidak menghalang pelumba untuk memenangi sesuatu perlumbaan.
“Saya tidak boleh tercicir mata lagi selepas gagal mengutip sebarang mata pada Perlumbaan 2 di Johor,” kata Zaqhwan yang kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 25 mata.
Kedudukan teratas milik Taiga Hada (45 mata) diikuti Azlan Shah Kamaruzaman (33 mata).
“Saya perlu merapatkan perbezaan mata ini di Buriram,” jelas Zaqhwan mengenai perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand itu.
Jadual Zaqhwan agak padat sepanjang April ini apabila dijadualkan terbang ke Jepun sebaik berakhir Pusingan 2 ARRC di Buriram untuk mengambil bahagian dalam Perlumbaan Suzuka 2 & 4 di Jepun, pada 22 dan 23 April.
“Perlumbaan Suzuka 2 & 4 adalah sebahagian daripada latihan untuk menyertai perlumbaan Suzuka 8-hour Endurance, Julai nanti. Saya perlu menggunakan masa itu nanti untuk lebih membiasakan diri dengan litar Suzuka,” katanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ppdd6O✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment