Hi! Welcome Back and Stay Tune! MBMB, Perma FC Rebut Piala FA Melaka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MBMB, Perma FC Rebut Piala FA Melaka

MELAKA: Pasukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bakal berdepan Perma FC dari Masjid Tanah pada final Piala FA Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) di Stadium Hang Tuah jam 8.45 malam ini.

Kedua-dua pasukan layak ke pentas final selepas muncul pasukan terbaik daripada 43 pasukan yang mengambil bahagian dalam perlawanan yang berlangsung di Wisma MUSA Komplek Sukan Hang Jebat, Paya Rumput pada setiap Sabtu dan Ahad.

Pertandingan menggunakan format mati itu membabitkan 16 pasukan dari Divisyen Tiga selain selebihnya daripada Divisyen Dua dan Satu yang mengambil bahagian.

Pengerusi Liga Melaka, Khairi Anuar Ahmad berkata, juara Piala FA pada malam ini akan membawa pulang wang tunai RM3,000.

“Saingan Liga MUSA akan bermula selepas tamatnya Piala FA. Juara Divisyen Satu bakal meraih wang tunai RM15,000 diikuti juara Divisyen Dua dan Tiga masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000.

“Apa yang pasti kejohanan ini pentas mencungkil bakat baharu untuk mewakili pasukan Belia, Piala Presiden dan Liga Malaysia buat skuad MU pada masa depan,” katanya.

Ramai bekas pemain negara lahir menerusi kejohanan Liga Melaka sebelum ini termasuk jurulatih Bawah 23 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee selain bekas pemain kebangsaan, Mazlan Wahid, Shamsurin Abd Rahman, Norizam Ali Hasan, Mohd Noor Derus, Sapian Wahid dan kapten FELDA United, Mohd Shukor Adan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p01bE8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.