Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional

SUBKHIDDIN Mohd Sallleh (kiri) bersama Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) ketika sidang media mengenai video bantuan pengadil (VAR) dan pengadil profesional di Johor Bahru.- Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sudah mengenal pasti antara 15 hingga 20 pengadil yang akan dinaik taraf sebagai pengadil profesional pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ia adalah inisiatif Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu pengadil di negara ini dinaik taraf sejajar dengan saingan liga yang sudah lama berstatus profesional.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa pengadil sudah dikenal pasti untuk menjalani kursus di Wisma FAM dalam masa terdekat.

Mereka yang terpilih akan menerima skala gaji yang menarik, termasuk elaun.

“Umur pengadil yang akan dipilih untuk dinaik taraf sebagai pengadil profesional adalah antara 23 hingga 35 tahun dan masih lagi pengadil semi profesional.

“Mereka ini dikategorikan sebagai pengadil elit dan kita akan memberi tawaran untuk menjadi pengadil profesional dan Tunku Ismail sudah memberi perkenan kelebihan dan gaji yang akan ditawarkan.

“Kita wujudkan satu pasukan untuk melatih pengadil profesional dan kita jangkakan awal tahun depan kesemua pengadil bertaraf profesional. Buat masa ini biar kita bermula dengan jumlah yang kecil dulu dan jika kita memiliki kewangan yang kukuh, kita akan tambah lagi,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh, berkata setiap pengadil profesional perlu ditempatkan di Wisma FAM sebelum mengadili perlawanan liga.

Katanya, pengadil profesional perlu menjalani latihan dengan jurulatih yang akan dilantik, malah mereka juga akan menilai pasukan-pasukan yang akan diadili nanti.

“Di Wisma FAM nanti, pengadil akan diberi penerangan mengenai corak permainan pasukan yang mereka akan adili bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai apa jua taktikal permainan bagi mengelak berlaku kesilapan ketika mengadili perlawanan.

“Langkah itu bagi memastikan setiap pengadil sudah bersedia untuk mengadili perlawanan, malah kita juga memberi panduan supaya mereka lebih memahami dan tidak membuat kesilapan,” kata Subkhiddin.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ondV6F

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.