Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sara Ali Akui Tanggal Tudung Semenjak Oktober Tahun Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sara Ali Akui Tanggal Tudung Semenjak Oktober Tahun Lalu

AKTRES Sara Ali mendedahkan dirinya kembali membuka tudung selepas 10 bulan mengenakan hijab.

Berubah penampilan pada 1 Januari 2016, Sara mahu orang ramai menyalahkan dirinya atas kekhilafan membuka tudung.

“Pada awalnya, keputusan saya mengenakan hijab tahun lalu tidak didorong oleh keputusan sendiri. Saya terikut-ikut dengan sebuah perniagaan yang bersifat keagamaan.

“Namun begitu, saya mengaku yang perubahan tersebut merupakan keputusan saya. Saya sendiri yang buat kesilapan, saya sendiri yang tak berfikir panjang sebelum mengenakan hijab.

“Selepas 10 bulan, saya rasakan yang keputusan saya buat tidak betul. Saya kembali membuka hijab pada Oktober tahun lalu.

“Saya tak mahu jadi hipokrit, lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan agama. Saya akui, ini salah saya,” kata Sara kepada Astro Gempak ketika ditemui di Paranormal Studios sebentar tadi.

Tegas Sara, dia tidak mahu orang lain menuding jari meletakkan kesalahan ini kepada ibu dan bapanya.

“Keputusan yang lakukan ini merupakan kekhilafan saya. Saya yang bersalah.

“Jadi saya tidak mahu ada yang menyalahkan pihak lain, terutamanya ibu bapa. Biarlah saya menanggungnya.

“Saya sendiri tidak menutup ruangan komen di Instagram dan menerima sahaja apa kritikan dan pandangan orang dengan hati terbuka kerana saya tahu semuanya salah saya,” katanya lagi.

Pelakon filem ‘Songlap’ ini juga menafikan dia kembali membuka tudung kerana mahu kembali berlakon.

“Saya buat keputusan ini bukan kerana saya mahu berlakon semula. Saya cuma tak mahu jadi hipokrit. Saya sudah bersedia berdepan dengan kritikan negatif.

“Jika sudah sampai waktunya, saya akan bertudung. Saya mahu perubahan tersebut datang ikhlas dari hati sendiri dan tidak didorong oleh mana-mana pihak,” katanya lagi.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2poRJa0

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.