Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemanah Elit Kuatkan Skuad Universiti Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemanah Elit Kuatkan Skuad Universiti Negara

ATLET memanah wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh. – Foto Hasriyasyah Sabudin

BANDAR BARU NILAI: Skuad universiti negara yang akan bertanding di Kejohanan Memanah Universiti Asia Pertama 2017 (AUAC 2017) bermula Rabu ini, bakal diperkuatkan tiga atlet Program Kita Juara 2017.

Tiga pemanah yang kini bersedia untuk menghadapi Sukan SEA 2017, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nurul Syazhera Mohd Asmi, dan Muhamad Fareez Rosli.

Mereka adalah antara 12 pemanah, iaitu enam lelaki dan wanita menyertai kejohanan selama lima hari itu.

Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Hazally Jali, berkata kehadiran mereka menyebabkan pihaknya menetapkan sasaran memperoleh sekurang-kurang tiga emas dalam sukan peringkat universiti Asia itu.

Katanya, Fatin Nurfatehah mempunyai reputasi hebat kerana memenangi tiga pingat emas dalam Sukan SEA Singapura.

“Bagaimanapun, sudah tentu kita mengharapkan bukan sahaja tiga pemanah berkenaan, malah semua pemanah akan mengharumkan nama negara di kejohanan itu,” katanya dalam sidang media mengenai AUAC 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Hazally berkata, AUAC 2017 yang menawarkan lapan pingat emas akan berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM, disertai oleh 59 peserta dari enam negara.

Katanya, kejohanan ini juga adalah sebahagian persiapan negara yang akan menganjurkan Sukan SEA 2017 untuk menguji peralatan yang akan digunakan dalam sukan terbesar Asia Tenggara nanti.

Sementara itu, katanya, sepanjang tempoh yang sama akan berlangsung Kejohanan Bola Keranjang 3X3 Universiti Asia ke-3 di Cyberjaya yang disertai oleh 110 peserta dari 11 negara.

“Kedua-dua kejohanan itu dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Sukan Universiti ASEAN (AUSC) dan Persekutuan Sukan Universiti Asia (AUSF),” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0rw5f

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.