Korea Utara Belum Maklum Gelanggang Berkecuali – AFC
DATUK Windsor Paul.- Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih menanti maklum balas dari Korea Utara berkaitan gelanggang berkecuali bagi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Malaysia pada 8 Jun.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul, berkata badan induk bola sepak Asia itu akan memilih gelanggang berkecuali untuk perlawanan itu jika Korea Utara tidak membalas sehingga Jumaat ini.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Korea Utara diberikan sehingga 14 April untuk memberikan gelanggang berkecuali untuk perlawanan itu. Jika mereka gagal melakukannya, kami sendiri akan memilih gelanggang perlawanan itu,” katanya, hari ini.
Windsor berkata AFC akan terus memantau perkembangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan gelanggang berkecuali yang disarankan pada 8 Mei, sebulan sebelum perlawanan sebenar. – BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0Lxsc✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment