Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akta Syarikat Dipinda Untuk Kurangkan Kos Menjalankan Perniagaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akta Syarikat Dipinda Untuk Kurangkan Kos Menjalankan Perniagaan

SUBANG JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap pindaan Akta Syarikat 2016 yang diluluskan Parlimen April tahun lalu, akan mengurangkan kos menjalankan perniagaan di negara ini, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, akta berkenaan yang dilaksana secara berperingkat sejak Januari lepas, antara lain membolehkan syarikat dorman dikecualikan daripada menyerahkan laporan tahunan.

“Syarikat yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 dalam tempoh tiga tahun, akan juga dikecualikan daripada mengemukakan laporan tahunan kerana kita faham ada beberapa syarikat telah ditubuhkan oleh satu entiti, tetapi tidak semua akan berjaya,” katanya.

Hamzah berkata demikian pada majlis pelancaran Anugerah Perniagaan Platinum 2017 di sini, hari ini.

Menurut beliau dengan tindakan itu, syarikat akan menjimatkan sebahagian kos pengauditan dalam operasi perniagaan mereka. Beliau juga menggalakkan PKS mengambil manfaat daripada Zon Perdagangan Bebas Digital (DTFZ), iaitu kerjasama antara Alibaba Group dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, kerana ia akan membolehkan mereka mendapat akses kepada pasaran global.

Pengeksport PKS Malaysia mungkin boleh menggunakan DTFZ bagi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka kepada pasaran China, contohnya durian dan buah-buahan temptan lain yang menjadi kegemaran mereka,” katanya.

Mengenai penetapan harga bahan api, Hamzah berkata, walaupun ia dibuat berdasarkan pergerakan harga pasaran global, terpulang kepada syarikat pengeluar minyak dan pengendali stesen minyak sendiri jika mereka mahu menetapkan harga di bawah harga siling.

“Bagaimanapun, sebarang keputusan mengenai harga dan promosi lain tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran kementerian,” kata Hamzah.

Mengenai jualan produk stevia palsu, Hamzah berkata, kementeriannya dan Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dalam siasatan untuk memastikan usahawan terlibat lebih bertanggungjawab dan beretika.

Laporan baru-baru ini menyatakan ujian makmal oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menunjukkan 10 produk tidak mengandungi ekstrak tanaman tetapi gabungan kimia berbahaya.

Anugerah Perniagaan Platinum 2017 bertema ‘Kemampanan Melalui Teknologi dan Inovasi’ itu memaparkan 21 kategori anugerah, termasuk satu kategori baharu, iaitu Anugerah Kecemerlangan Internet Benda.

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong berkata, semua PKS dan entiti berkelayakan digalak menyertai anugerah tersebut melalui permohonan dalam talian di www.pbasme.com.my sehingga 15 Julai.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur angerah, Datuk Seri Ricky Yaw berkata, pengauditan untuk pencalonan anugerah akan bermula pada Ogos.

“Pemenang akan dimaklumkan pada September diikuti dengan majlis anugerah pada Oktober tahun ini,” kata Yaw. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p1k3T9

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.