Shima Anuar Nikah 8 April
Menjelang hari bahagia, pelakon, Shima Anuar mengakui perasaannya ketika ini sangat gementar sebelum bertukar status menjadi isteri kepada pasangan hidup, Mohd Solih Toha, 41, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada Sabtu ini.
“Sudah tentu saya berasa sangat gementar ketika ini. Alhamdulillah segala persiapan majlis pernikahan dan resepsi sudah siap, malah kad pun sudah diedarkan,” ujarnya ketika dihubungi tadi.
Pada masa sama Shima memberitahu, majlis resepsi turut diadakan pada hari sama sebelah malam yang akan berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.
“Majlis pernikahan saya akan diadakan pada sebelah pagi di kediaman keluarga di Rawang. Kemudian majlis resepsi hanya akan diadakan sekali sahaja pada hari yang sama sebelah malam,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua majlis tersebut Shima berkata, busana pernikahan dan resepsi akan mengenakan tema warna putih yang merupakan kegemarannya.
“Busana nikah saya nanti warna putih oleh Kashfi Zulkufli dan sanding juga akan mengenakan busana warna yang sama oleh Nurita Harith,” katanya.
Untuk info, Shima dan bakal suami telah melangsungkan majlis pertunangan pada 17 Disember lalu.
The post Shima Anuar Nikah 8 April appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o05Nc7✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment