Teringin Nak Makan Bukan Mengidam
Penyanyi terkenal Datuk Awie, 49, menjelaskan berita dirinya dikatakan mengidam asam bukan kerana alahan sebaliknya ia hanyalah sekadar keinginan.
“Sejak dua hari lalu saya memang teringin nak makan. Bukan sebab alahan atau mengidam pun,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Dalam pada itu, vokalis kumpulan Wings ini berharap dikurniakan anak segera menerusi perkahwinan ketiganya dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin.
Bagaimanapun buat masa sekarang isterinya belum ada sebarang tanda kehamilan selepas mereka berkahwin pada 7 Oktober lalu.
“Saya tunggu juga mana tahu ada khabar gembira nanti. Buat masa ini belum lagi. Jadi doakan saja,” katanya
Perkembangan lain, Awie yang kini sibuk menjalani latihan Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 6 hingga 9 April ini.
Selain Wings antara penyanyi lain yang terbabit ialah Datuk M Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nash, Datuk Ramli Sarip, Syamel, Liza Hanim, Bila AF, Maya Karin, Lan Kristal dan ramai lagi.
The post Teringin Nak Makan Bukan Mengidam appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nBVVBS✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment