Hi! Welcome Back and Stay Tune! TERKINI: 43 Maut, Gereja Dibom Daesh Di Mesir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TERKINI: 43 Maut, Gereja Dibom Daesh Di Mesir

MILITAN Daesh membunuh sekurang-kurangnya 43 orang dalam serangan terburuk yang pernah disasarkan ke atas minoriti Kristian Koptik. – Foto AFP

TANTA, Mesir: Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas pengeboman dua gereja di sini ketika jemaahnya berkumpul bersempena Palm Sunday, membunuh sekurang-kurangnya 43 orang dalam serangan terburuk yang pernah disasarkan ke atas minoriti Kristian Koptik.

Serangan berlaku susulan pengeboman gereja di Kaherah Disember lalu dan seminggu sebelum kunjungan Pope Francis, bertujuan menunjukkan sokongan kepada minoriti Kristian di negara ini.

Bom pertama meledak di gereja Mar Girgis dekat bandar Tanta di utara Kaherah, membunuh 27 orang, kata kementerian kesihatan.

Ketika petugas kecemasan bergegas ke tempat kejadian, sebutir lagi bom meletup menggegarkan gereja Saint Mark di Iskandariah ketika Ketua gereja Koptik, Pope Tawadros II sedang berucap sempena Palm Sunday.

Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan seorang pengebom nekad yang meletupkan dirinya sejurus dihalang polis dari memasuki gereja, kata kementerian dalam negeri.

Kementerian berkata Tawadros tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau sudah meninggalkan gereja sebelum pengeboman.

Sekurang-kurangnya 78 orang cedera di Tanta dan 41 lagi di Iskandariah, kata kementerian kesihatan. – AFP/Reuters

ANGGOTA forensik mengutip bahan bukti di lokasi pengeboman di gereja Mar Girgis susulan kejadian di Tanta. – Foto AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2phXuGv

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.