Tips Pergi Umrah DIY Dengan Harga Jauh Lebih Murah
Diberikan peluang untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sememangnya menjadi idaman setiap orang yang beragama Islam. Namun, memandangkan kos dan belanja yang tinggi untuk sampai ke sana, ramai yang terpaksa membatalkan hasrat untuk berkunjung ke Tanah Suci.
Berikutan perkara ini, seorang pengguna Facebook, Eida Hidayati Hassan yang baru saja selesai menunaikan ibadah umrah baru-baru telah berkongsi pengalaman beliau di laman Facebooknya. Apa yang menarik mengenai perjalanan beliau ket Tanah Suci baru-baru ini adalah ianya dilakukan secara DIY tanpa mengambil khidmat travel agent.
Menarik bukan? Baca perkongsian beliau di bawah:
Apa yang perlu korang buat untuk jalankan ibadah Umrah DIY. Lebih jimat, lebih masa dan lebih selesa kerana korang yang tentukan itinerary sendiri.
Dari segi belanja, harga juga sangat jimat dan yang penting sekali keselesaan kita membawa anak-anak kecil atau orang tua tanpa menganggu masa jemaah yang lain. Senang cakap, lebih privasi.
Secara kasar, kos Umrah DIY ini menelan belanja sebanyak RM4,000 seorang dan ini lebih murah jika dibandingkan sekiranya pergi bersama-sama dengan travel agent yang menelan belanja sebanyak RM8,000 seorang.
Dari segi penginapan dan pengangkutan, hotel kami terletak berdekatan dengan masjid manakala kenderaan yang disewa khas untuk kami ala-ala VIP.
Kelebihan Umrah DIY
1. Boleh pilih masa sendiri
2. Boleh bebas nak lakukan aktiviti apa dulu
3. Boleh pilih hotel dekat masjid dengan harga yang murah
4. Boleh pilih penerbangan masa tawaran tanpa perlu fikirkan apa-apa
5. Lebih selesa kerana kita kita saja
6. Bilik tak dikongsi dengan orang lain, hanya terhad kepada keluarga kita sahaja
7. Harga lebih jimat
8. Boleh datang ramai-ramai sebab harga berpatutan, anak-anak itu perlu bayar tiket penerbangan saja, bilik kongsi
9. Mudah saja, banyak orang Malaysia di sana. Jadi tidak perlu rasa takut. Selain itu, orang Pakistan, Bangladesh yang berniaga di sana pun pandai cakap Melayu. Orang Arab pun pandai cakap Melayu. Tak tahu tanya
10. Apply visa dalam masa seminggu saja
11. Sangat sesuai bawa orang tua , kanak-kanak dan orang uzur tanpa menganggu aktiviti orang lain
12. Kereta ada pemandu yang akan bawa anda sepanjang di sana. Tak perlu naik bas
1. Tempah penerbangan
Saya pilih semasa AirAsia buat tawaran. Tempah masa tengah senang. Tidak kiralah AirAsia ke, Malaysia Airlines ke, Saudi Airlines ke. Asal murah, terus tempah cepat-cepat.
2. a) Tempah hotel di Mekah
Saya guna khidmat Traveloka sebab paling murah berbanding dengan perkhidmatan yang lain.
Hotel Hilton Suites di Mekah jadi pilihan sebab terletak berdekatan dengan masjid. Turun hotel depan saja sudah pintu masuk Masjidil Haram.
Kelengkapan bilik
1. Ada satu bilik dengan katil bersaiz King size. Muat untuk kami empat beranak.
2. Ada ruang tamu untuk menonton tv. Ada sofa dan bantal ekstra diberikan secara percuma.
3. Ada 3 almari baju . Boleh ambil sorang satu.
4. Ada dapur boleh masak.
5. Tandas.
6. Boleh minta kerusi roda secara percuma untuk digunakan sepanjang disana.
7. Ada perkhidmatan dobi.
8. Terdapat pasaraya di dalam kawasan hotel.
2. b) Tempah hotel di Madinah
Lepas tempah hotel di Mekah, kami tempah hotel di Madinah pula. Masih menggunakan perkhidmatan Traveloka juga.
Hotel Majlis Grand Mercure Medina berhadapan dengan pintu no. 16. Turun lobi terus sampai di depan pintu 16. Dekat sangat dan mudah untuk ulang alik.
Bilik 3 katil single.
3. Buat visa
Sekiranya mahu membawa isteri ke Tanah Suci, perlu lampirkan salinan surat nikah yang telah disahkan oleh pejabat agama. Namun, sekiranya rombongan hanya melibatkan kaum lelaki, tiada sebarang salinan perlu dikemukakan.
Perlu lampirkan surah beranak anak-anak yang telah disahkan oleh pejabat JPN. Sekiranya tidak membawa anak-anak bersama-sama, tidak perlu dikemukakan.
Dapatkan suntikan vaksin di klinik berdekatan. Sekiranya anda pernah mendapat vaksin ini dalam tempoh tiga tahun yang lepas, tidak perlu untuk mendapatkan suntikan vaksin ini lagi. Kos RM150.
Buat passport. Benda ini wajib.
Tangkap gambar berukuran saiz passport sebanyak 4 keping. Gambar berlatar belakangkan putih.
- Lelaki – baju berkolar / hitam / tak boleh pakai songkok dan topi
- Perempuan – tudung hitam atau gelap
4. Hantar semua di atas kepada travel agent
Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar kepada travel agent yang boleh memohon visa bagi pihak anda. Hantar melalui email atau secara pos.
5. MOFA
Bila semua dokumen sudah berada di tangan travel agent, mereka akan bawa dokumen-dokumen ini ke pejabat Wisma Putra untuk memohon MOFA. Setelah selesai urusan MOFA barulah boleh mohon visa.
6. Usai urusan visa
Visa sudah siap. Kos satu visa hanya RM350 saja. Boleh cari Puan Farhana Sairuji sekiranya anda memerlukan perkhidmatan visa ke Tanah Suci.
7. Pengangkutan
Yang ini wajib di ambil bersama pakej Umrah DIY ini supayakej i. Supaya sampai sana tak kena tipu dan tak rugi duit dan masa.
Kami ambil kereta yang boleh memuatkan 3 dewasa dan 2 kanak kanak dengan selesa. Ada pemandu.
Perjalanan
1. Airport jeddah ke makkah
2. Bawa ziarah di kawasan makkah
3. Makkah ke madinah
4. Bawa ziarah di madinah
5. Madinah ke airport jeddah
SAR 2300 untuk 10 hari disana. Jadi setibanya di sana tidak perlu fikir pengangkutan kita lagi.
8. Persiapan-persiapan lain
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o6oH1A✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment