United Tidak Boleh Terus Ulangi Kesilapan — Ibrahimovic
MANCHESTERUNITED tidak mampu untuk terus keciciran mata dan perlu memperagakan prestasi yang lebih baik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), kata Zlatan Ibrahimovic.
United meraih keputusan seri yang kesembilan dalam 16 aksi di laman sendiri musim ini, tetapi mereka memerlukan sepakan penalti pada minit ke-94 daripada Ibrahimovic untuk berkongsi mata, awal pagi tadi.
Phil Jagielka meletakkan Everton di depan pada separuh masa pertama selepas menerima umpanan daripada Ashley Williams — yang akhirnya memberikan sepakan penalti dan diperintahkan keluar padang kerana menampan bola dengan tangan.
Dengan jurang untuk layak ke Liga Juara-Juara semakin lebar dengan tujuh mata, Ibrahimovic menuntut persembahan yang lebih baik.
“Saya fikir, kami berhak untuk meraih keputusan yang lebih baik.
“Maksud saya, kami melepaskan gol dengan tidak disengajakan, kesilapan yang pertama adalah gagal mengawasi Williams sebelum gol itu tidak semena-mena dijaringkan,” katanya kepada BT Sport.
“Kami perlu terus fokus, kami tidak boleh melakukan kesilapan-kesilapan ini, terutama pada penghujung musim kerana ia adalah mata yang sangat penting, apatah lagi dengan jadual seperti ini. Kedudukan kami tidak jauh, tetapi masih tidak mendapat mata yang diperlukan.
“Tetapi akhirnya kami menyamakan kedudukan, kami melancarkan serangan sepanjang permainan dan kami mempunyai peluang yang baik – salah satu percubaan kami terkena tiang – namun, kita perlu melakukannya lebih baik lagi.”
Ibrahimovic menyumbat gol penyamaan lebih awal tetapi dibatalkan akibat ofsaid, biarpun dia menafikan berada di kedudukan yang salah.
Menurutnya lagi: “Saya fikir gol itu adalah sah kerana saya datang dari sebelah kanan pemain pertahanan itu.”
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o11Cgd✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment