Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adenan ulangi gesaan beri mandat lima tahun lagi kepadanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adenan ulangi gesaan beri mandat lima tahun lagi kepadanya

SELAMAT DATANG: Gilbert memakaikan topi Orang Ulu kepada Adenan ketika menyambut kedatangan Adenan ke Long Panai.

SELAMAT DATANG: Gilbert memakaikan topi Orang Ulu kepada Adenan ketika menyambut kedatangan Adenan ke Long Panai.

LONG PANAI, BARAM: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam mengulangi gesaannya terhadap rakyat Sarawak untuk memberinya lima tahun lagi supaya terus melaksanakan pembangunan khususnya di kawasan luar bandar.

Bercakap pada sesi bertemu rakyat di sini semalam, Adenan yang merupakan Ketua Menteri pertama menjejak kaki di Long Panai menggesa pengundi kawasan Mulu untuk memberinya dan calon langsung Barisan Naional (BN) Mulu Datuk Gerawat Gala mandat lima tahun bagi memimpin Sarawak termasuk membawa lebih banyak pembangunan di kawasan terbabit.

“Pembangunan seperti jalan yang lebih baik, bekalan elektrik dan air bersih. Beri saya lima tahun lagi dan sudah tentu sokongan kepada Gerawat juga,” jelasnya dalam majlis yang dihadiri sekitar 500 penduduk di kawasan Long Panai.

Menurut Adenan, beliau mempunyai rancangan untuk Baram khususnya Mulu yang merupakan salah satu daripada 11 kerusi baharu yang diwujudkan.

Katanya antara rancangan tersebut ialah membahagikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) diwartakan sebagai hak milik individu di bawah Seksyen 18.

“Saya ada melihat beberapa gambar yang dilekatkan tadi mengenai tanah NCR untuk diwartakan. Oleh itu, tanah NCR diwartakan tersebut adalah antara langkah yang saya ambil.

“Langkah seterusnya adalah untuk membahagikan kawasan tersebut ke dalam lot kecil dan kemudiannya dibahagi kepada rakyat sebagai hak individu di bawah Seksyen 18,” ujarnya.

Langkah terbabit jelas Adenan adalah untuk memberi hak milik individu di bawah Seksyen 18 yang akan menjamin bahawa tanah milik mereka dilindungi dan tidak boleh diambil daripada rakyat.

Sehubungan itu, Adenan turut menegaskan bahawa Empangan Baram telah dibatalkan dan tanah yang diwartakan untuk empangan terbabit juga telah dibatalkan.

Justeru, rakyat boleh meneruskan dan menjalankan aktiviti mereka di kawasan tersebut.

Tegas Adenan lagi, tidak ada projek empangan mega dan negeri ini tidak memerlukannya.

Dalam perkembangan lain, Adenan yang juga pengerusi BN Sarawak turut menggesa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk meninjau kawasan milik masyarakat Berawan di Taman Negara Mulu dan mengeluarkannya dari taman terbabit.

“Masyarakat Berawan telah lama tinggal di kawasan terbabit. Oleh itu, hak-hak mereka mesti diiktiraf.

“Justeru, saya mempunyai kuasa mengiktiraf hak mereka. Oleh sebab itu, saya mahu JTS melihat dan mengenal pasti kawasan yang merupakan kawasan mereka (Berawan) dan mengeluarkannya daripada taman tersebut,” tegasnya.

Sementara itu, Gerawat dalam ucapannya berjanji melakukan yang terbaik dan berkhidmat kepada rakyat di kawasan Mulu sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

Katanya walaupun beliau merupakan masyarakat Kelabit dari Bario, tetapi beliau bersedia berkhidmat kepada semua rakyat di Mulu.

“Menjadi harapan saya bahawa kita membuat kubu kuat BN di Mulu. Oleh itu, untuk mempunyai asas yang kukuh dari awal, adalah seharusnya kita bersama BN.

“Kalau kita tidak berpihak kepada BN, saya takut bahawa masa depan kita khususnya di Mulu ini tidak akan cerah,” tambahnya.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laing, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Yusuf dan Ketua masyarakat Kayan Pemanca Gilbert Ding.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3AT0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.