Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awang Tengah seru pengundi tolak parti pembangkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awang Tengah seru pengundi tolak parti pembangkang

KOTA SAMARAHAN: Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru para pengundi menolak parti pembangkang pada hari mengundi 7 Mei ini.

Beliau mengingatkan rakyat bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) suatu ketika dahulu di bawah Pakatan Rakyat (PR) namun ia kini telah terkubur.

Katanya parti-parti dari Semenanjung Malaysia seperti DAP, PKR dan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara seterusnya menubuhkan Pakatan Harapan.

“Mereka ini berperang sesama sendiri untuk meletak calon. Kalau sesama sendiri pun dah berperang, macam mana nak tubuh kerajaan? Bagi saya, tak ada harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Projek Bekalan Air Luar Bandar Batu Kitang ke Tangki Air Bukit Entingan di sini, semalam.

Hadir sama, calon BN Stakan Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, calon BN Muara Tuang Datuk Idris Buang dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Awang Tengah yang menang tanpa bertanding di Bukit Sari turut menyeru para pengundi di Stakan dan Muara Tuang untuk memberi mandat lebih besar kepada BN, dengan menyokong calon-calon BN dalam bentuk undi.

Kataya Amanah ditubuhkan oleh Mat Sabu apabila tidak sependapat dengan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Hadi Awang.

“Untuk apa kita diheret untuk menyelesaikan masalah mereka? Kita tidak bodoh untuk diperalatkan dalam menunjuk siapa lebih baik sama ada PAS atau Amanah.

“Kita tidak mahu diperalatkan. Kita orang Sarawak dan kita tahu menjaga diri,” katanya.

Menurut beliau, DAP juga tidak memberi sokongan apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meminta peruntukan tambahan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sebanyak RM1.5 bilion bagi membangunkan luar bandar.

Beliau sehubungan itu menyifatkan program Impian Sarawak oleh DAP merupakan sandiwara semata-mata.

“Kita tidak memerlukan parti dari Semenanjung Malaysia. Jangan benarkan mereka bertapak di Sarawak.

“Hanya Team Adenan yang dapat meneruskan pembangunan di negeri ini. Justeru, beri kemenangan besar kepada Ali Mahmud dan Bang Dris (Idris) dan juga calon-calon BN lain pada 7 Mei ini,” katanya.

Kerusi Stakan menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Ali dan calon DAP Leslie Ting manakala kerusi Muara Tuang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Idris, Zulkipli Ramzi daripada PAS dan Abang Abdul Halil Abang Naili daripada Amanah.

Terdahulu, Rubiah turut menyeru para pengundi di Muara Tuang, Stakan, Sebuyau, Simunjan, Asajaya dan Sadong Jaya untuk berdiri teguh di belakang Team Adenan dalam pilihan raya ini.

“Kita harus buktikan Kota Samarahan merupakan kubu kuat BN. Beri mandat kepada kepimpinan Tok Nan dengan menyokong penuh calon-calon BN,” katanya.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3D0X

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.