Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rohani selar media sosial putar belit projek kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rohani selar media sosial putar belit projek kerajaan

SYABAS: Rohani menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan poco-poco sambil disaksi Simoi, Pemanca Mas Shamsiah Maslem dan Fikri Emil pada Program Semarak Perpaduan di Sri Aman, semalam.

SYABAS: Rohani menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan poco-poco sambil disaksi Simoi, Pemanca Mas Shamsiah Maslem dan Fikri Emil pada Program Semarak Perpaduan di Sri Aman, semalam.

SRI AMAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim mendakwa media sosial kerap mengganggu usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam melaksana pelbagai program pembangunan di negara ini.

Menurutnya, media sosial sering menyatakan mengenai janji palsu kerajaan dalam melaksana projek hospital baharu di Sri Aman menerusi medium itu.

“Mereka mendakwa hospital dapat dibina dalam masa setahun tetapi dakwaan itu tidak benar memandangkan proses membina hospital baharu di sini memakan masa terutama sekali melibatkan kerja menembok tanah (penyediaan tapak),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semarak Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Stadium Mini Sri Aman, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata, projek itu akan siap pada 2018 tetapi ada pihak memutarbelitkan usaha murni kerajaan itu sekali gus memberi masalah kepada kelancaran proses pembangunan berkenaan.

Terdahulu Rohani mengingatkan ibu bapa dan guru agar bersedia menghadapi fenomena El Nino yang diramal pada tahap kemuncaknya dari Mei hingga Oktober tahun ini.

“El Nino yang melanda negara kita sekarang hanyalah pada peringkat permulaan dan kemuncaknya bermula Mei hingga Oktober. Fenomena tersebut menyebabkan paras air di berapa empangan negara kini berhadapan dengan situasi kritikal.

“Jadi saya memohon kepada ibu bapa dan guru agar menjaga keselamatan anak masing-masing,” kata Rohani.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Fikri Emil Zulkifli, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga Simoi Peri dan pegawai kerajaan di sini.

Program turut diserikan dengan Sukaneka Kanak-Kanak Tabika Perpaduan, Pertandingan Gubahan Lipatan Kain Tuala dan Pertandingan Masakan Ikan Asam Pedas.

 

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3CKw

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.