Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wong bangga menjadi salah seorang ahli Pasukan Adenan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wong bangga menjadi salah seorang ahli Pasukan Adenan

SIBU: Dato Sri Wong Soon Koh berasa bangga menjadi salah seorang ahli Pasukan Adenan serta bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

Wong bangga menjadi ahli Pasukan Adenan kerana Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem seorang yang amat mengambil berat terhadap penduduk Sarawak.

“Beliau seorang Ketua Menteri yang amat prihatin serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

“Beliau sentiasa menunjukkan sikap prihatin, sayang dan ambil tahu keperluan penduduk Sarawak,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Maling Banta, Sungai Aup di sini, malam kelmarin.

Wong yang juga calon langsung BN di Bawang Assan menceritakan kejadian tiga tahun lalu ketika Adenan sedang sakit serta menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), beliau (Adenan) tetap memikirkan mengenai penduduk Sarawak.

Dari situ katanya, kita dapat lihat sikap sebenar beliau yang amat prihatin kepada penduduk Sarawak dan dengan berkat Tuhan, beliau sembuh dan menjadi Ketua Menteri.

“Berikutan kejadian itu, kita dapat lihat betapa prihatinnya beliau sebagai Ketua Menteri.

“Oleh itu, saya amat bangga menjadi salah seorang ahli Pasukan Adenan,” katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau dalam masa dua tahun Ketua Menteri telah membuat 53 keputusan bertujuan meringankan beban kehidupan rakyat Sarawak.

“Fikirlah berapa banyak lagi keputusan yang akan beliau bawa kepada Sarawak dan rakyat Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Beliau hanya minta satu penggal iaitu lima tahun lagi untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dan program untuk kita di Sarawak,” kata Wong.

Sehubungan itu, Wong menyeru semua rakyat menyokong Adenan serta ahli-ahli pasukan beliau (Pasukan Adenan).

“Jika kita pilih semua ahli Pasukan Adenan, beliau mempunyai mandat lebih besar untuk memerintah Sarawak,” jelasnya.

Wong juga berharap pengundi di kawasan Bawang Assan termasuk di Sungai Aup memberi sokongan padu kepada beliau.

Beliau berjanji melakukan yang terbaik melaksanakan projek yang belum disiapkan sebelum ini di kawasan Bawang Assan.

“Jika anda memberi peluang kepada saya… saya akan sedaya upaya melakukan yang terbaik berkhidmat kepada anda.

“Sekali lagi saya memohon sokongan padu semua untuk membolehkan saya meneruskan tanggungjawab sebagai ahli dalam Pasukan Adenan,” jelas beliau.

Pada PRN kali ini, Wong ditentang oleh Stanley Chiew daripada DAP, Wong Sing Wei (STAR) serta dua calon Bebas Watson Bangau dan Yeu Bang Keng.

 

 

 

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1QKw1Tq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.