Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pecahan DUN Batu Kitang bertujuan dapat pembangunan sewajarnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pecahan DUN Batu Kitang bertujuan dapat pembangunan sewajarnya

TARIK PERHATIAN: Jamilah (empat kanan) ditemani Nancy (lima kanan) menyaksikan demonstrasi memasak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Batu Kitang, Bau semalam.

TARIK PERHATIAN: Jamilah (empat kanan) ditemani Nancy (lima kanan) menyaksikan demonstrasi memasak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Batu Kitang, Bau semalam.

BAU: Pecahan baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang bertujuan mendapat pembangunan yang sewajarnya selepas lima tahun di bawah kepimpinan pembangkang.

Demikian kata isteri kepada Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu sambil menambah bahawa Ketua Menteri sememangnya mahu memanjangkan peruntukan kerajaan agar penduduk di luar bandar dimajukan seperti di kawasan-kawasan lain di negeri ini.

“Sebagai seorang Ketua Menteri beliau sememangnya mahukan DUN Batu Kitang dan Batu Kawah mendapat pembangunan yang sewajarnya

“Apabila kita mengundi, kita fikirkanlah sama ada mahukan pembaharuan atau tidak… dahulu kita di bawah DAP di dalam DUN Batu Kawah dan pembangunan sukar dijalankan.

“Maka undilah Barisan Nasional (BN) baharulah senang kita mendapat manfaat daripada pelaksanaan pembangunan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Batu Kitang di sini, semalam.

Jamilah berkata seseorang ADUN BN akan diberi peruntukan manakala pihak pembangkang tidak mendapat apa-apa sebaliknya mereka hanya bercakap kosong dan memberitahu rakyat bahawa mereka berupaya menegur kerajaan.

Sedangkan hakikatnya, mereka hanya mendapat gaji setiap bulan untuk menjadi ahli Yang Berhormat.

Barisan Nasional (BN) juga digelar pembangkang sebagai syaitan dalam laman sosial Facebook sedangkan kita manusia bukan syaitan… apakah pembangunan di dalam negeri ini dibuat oleh syaitan?

“Jangan percaya dengan cerita karut, fitnah dan hasutan pihak pembangkang dari luar Sarawak,” katanya sambil berharap rakyat terus memberi mandat kepada Ketua Menteri serta tidak mempercayai hasutan dan fitnah pembangkang.

Beliau menambah bahawa kerajaan BN tidak pernah terfikir mahu menyisihkan agama atau bangsa lain.

DUN Batu Kitang adalah pecahan daripada DUN Batu Kawah sebelum ini dan diperuntukkan kepada SUPP dan calon yang dipilih Lo Khere Chiang diharap dapat merancang kawasan kerana sebelum ini beliau merupakan pengerusi MPP.

Tegasnya semua jentera BN perlu bekerja keras dan menggalakkan rakyat untuk turun mengundi BN.

“Jangan mengundi pembangkang kerana tidak memberi hasil, jangan juga kita buat kecoh, sokong Tok Nan dan gunakan hak anda untuk mengundi, jangan termakan hasutan pembangkang,” tegasnya.

Jamilah pada masa yang sama mengingatkan agar pengundi untuk tidak lupa membawa kad pengenalan selain menegah pemakaian seragam sebarang parti agar tidak dihalau daripada menunaikan kewajipan mengundi mereka pada 7 Mei ini.

Turut hadir Ketua Cawangan PBB Batu Kitang Nancy Shukri.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3AlL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.