Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli RELA Bawang Assan harus bersatu sokong BN, kata Nur Jazlan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli RELA Bawang Assan harus bersatu sokong BN, kata Nur Jazlan

ALBUM: (Dari barisan kedua) Nur Jazlan (tiga kiri), Wong (dua kiri), Kamariah (empat kiri) dan Hii (tiga kanan) bersama ahli RELA pada Program Bersama Pemimpin di Dewan SK Tanju, Sibu semalam.

ALBUM: (Dari barisan kedua) Nur Jazlan (tiga kiri), Wong (dua kiri), Kamariah (empat kiri) dan Hii (tiga kanan) bersama ahli RELA pada Program Bersama Pemimpin di Dewan SK Tanju, Sibu semalam.

SIBU: Ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Bawang Assan diminta bersatu dan menyokong Barisan Nasional (BN) memastikan kemenangan calon langsung BN Dato Sri Wong Soon Koh di kerusi Bawang Assan pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini adalah cara mereka menghargai jasa Wong yang membawa pembangunan kepada penduduk di kawasan Bawang Assan.

“Beliau (Wong) telah berkhidmat kepada rakyat dan membawa pelbagai pembangunan yang dapat dinikmati penduduk di Bawang Assan.

“Beri sokongan kepada beliau pada 7 Mei untuk memastikan agenda pembangunan terus dilaksanakan di Bawang Assan,” katanya pada Program Pemimpin Bersama RELA di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Penasu, petang semalam.

Nur Jazlan berkata, Sarawak mempunyai seramai 341,551 ahli RELA merangkumi 27,953 ahli di Sibu.

“Daripada jumlah ahli di Sibu, kita mempunyai 2,949 ahli dari Bawang Assan iaitu 16 peratus daripada jumlah pengundi di Bawang Assan.

“Jika mereka mencari kawan mereka iaitu satu campur satu akan menjadi 16 peratus itu kepada 32 peratus,” katanya.

Pada PRN kali ini, Wong akan ditentang oleh Stanley Chiew daripada DAP, Wong Sing Wei (STAR) serta dua calon Bebas Watson Bangau dan Yeu Bang Keng.

Pada majlis sama, Nur Jazlan melakukan pemakaian Pangkat Bersekutu RELA kepada Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee dan menyerahkan baju seragam Pakaian Operasi Digital (POD) RELA.

Selain itu, turut diadakan majlis penyerahan sumbangan bantuan Khidmat Bakti RELA dan menyampaikan sijil lantikan pemangkuan Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) dan Ketua Platun RELA (KPR).

Hadir sama Ketua Pengarah RELA Datuk Kamariah Mohd Noah dan calon langsung Barisan Nasional (BN) kerusi Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3Cu4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.