Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Memperlihatkan Aplikasi Yang Boleh Menghantar Dodoian Kepada Bayi Pra-Matang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Memperlihatkan Aplikasi Yang Boleh Menghantar Dodoian Kepada Bayi Pra-Matang

Samsung mempunyai pelbagai pembangunan teknologi dibawah mereka, dan terkini mereka memperlihatkan salah satu kaedah baru untuk para ibu bapa berkomunikasi dengan bayi pra-matang mereka yang disimpan dalam inkubator – dan pada masa yang sama membolehkan pembangunan minda si bayi.

Dinamakan sebagai Voices of Life, Samsung memperlihatkan ia boleh merakamkan kadar denyutan jantung si ibu, selain turut merakamkan suara dan dodoian untuk dihantar kepada bayi pra-matang. Bunyi yang dirakamkan juga diubah dengan mengubah frekuensinya supaya sesuai dengan bayi pra-matang.

Samsung mengatakan melalui kajian yang dilakukan, minda bayi pra-matang yang mendengar bunyi suara dan juga denyutan jantung si ibu boleh berkembang dengan lebih sihat. Kebiasaannya, bayi pra-matang lahir lebih awal membuatkan mereka kehilangan beberapa nutrisi, dan Samsung ingin membantu mengatasinya melalui aplikasi Voices of Life ini.

Buat masa ini, Samsung sekadar memperlihatkan konsepnya dan tidak diketahui bilakah mereka akan melancarkannya untuk digunakan dengan meluas.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1QKRKdG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.