Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muhyiddin tidak pasti nasibnya dalam UMNO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muhyiddin tidak pasti nasibnya dalam UMNO

Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pasti nasibnya di dalam UMNO dikala ada pihak mahu mengemukakan usul memecat beliau daripada parti.

Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata demikian menjawab kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang pasti keahlian Muhyiddin akan dipecat.

“Ya, seperti yang disebut oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, jika kita lantang bersuara kita akan dihukum,” katanya merujuk kepada bekas pendebat terbaik Asia yang menyertai acara dialog bersama Muhyiddin semalam.

“Ini soal duniawi. Apa sahaja jawatan, ia hanya sementara sahaja. Melihat kepada isu yang berlaku hari ini saya tidak boleh berdiam diri, jadi anak muda juga perlu berani kerana mereka ini,” katanya

Munyiddin berkata demikian, semasa berucap di majlis dialog bersama generasi muda bertajuk “Integriti dan masa depan kita” di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Sesi kali ini kelihatan lengang dengan kehadiran kira-kira 50 orang sahaja. Selain Muhyiddin dan pendebat terbaik Asia, panel lain dalam program ini termasuk Wan Ahmad Fahysal dan Jaziri Alkaf.

Ketika ditanya kehadiran yang kurang memberangsangkan ini, penganjur berpendapat kerana cuti panjang bersempena Hari Buruh yang kebetulan jatuh pada hujung minggu.

Sementara itu, Muhyiddin mengelak daripada mengulas sejauh mana penglibatannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak memandangkan beliau seorang Timbalan Presiden parti.

“Saya tak mahu bercakap langsung,” katanya ringkas.

Kebanyakan pimpinan UMNO berada di Sarawak samada untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya 7 Mei ini atau menyampaikan khidmat selaku pimpinan Persekutuan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TopQ9y

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.