Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemalangan Jiwa Dihempap Pohon Sawit Berlaku di Sibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemalangan Jiwa Dihempap Pohon Sawit Berlaku di Sibu


PILU: Ahli keluarga mangsa meratapi kehilangan orang yang tersayang di kebun milik mereka.

SIBU: Seorang lelaki ditemui mati oleh ahli keluarganya di kebun kelapa sawit miliknya dipercayai dihempap pokok kelapa sawit yang terletak di tepi Jalan Teku di sini, petang Jumaat lalu.

Mangsa dikenali Lu Poh Ming, 50, tinggal di Jalan Cherry di sini, dijumpai berada dalam keadaan tertiarap di bawah pokok sawit oleh salah seorang anak perempuannya pada jam 4.30 petang.

Menurut sumber polis, ahli keluarga bimbang setelah usaha mereka menghubungi mangsa antara jam 3 hingga 4 petang itu gagal, memaksa mereka pergi ke kebun mencarinya.

Difahamkan mangsa pergi ke kebun sejak jam 5 pagi untuk menebang pokok dengan gergaji berantai.

Polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang turut dikerahkan ke tempat kejadian pada jam 5.30 petang.

Siasatan awal polis mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat kemalangan dan tidak melibatkan sebarang unsur-unsur jenayah.

Sumber polis memberitahu mangsa mati dipercayai akibat pokok kelapa sawit yang ditebang tumbang dan menghempap mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan laporan insiden itu diterima pihaknya.

“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa akan dibedah siasat untuk menentukan punca sebenar kematian,” jelasnya.


Oleh Michael Ubam//

Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1WAr0DN

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.