Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enam cedera dalam kemalangan libatkan tiga jenis kenderaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enam cedera dalam kemalangan libatkan tiga jenis kenderaan

TERSEPIT: Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.
TERSEPIT: Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.
KUCHING: Enam individu terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan, kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bau Ebby Hirwandy Sarbini berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 2 Jalan Bau-Kuching, dekat sini sekitar jam 8 malam kelmarin (Sabtu).
Tambahnya, kemalangan membabitkan sebuah motosikal, sebuah kereta jenis Toyota Corolla dan sebuah lori.
“Kemalangan melibatkan tiga jenis kenderaan di mana seorang lelaki dan seorang wanita di dalam lori tersebut mengalami kecederaan parah dan seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.
“Sementara di dalam kereta, didapati seorang lelaki (pemandu) mengalami kecederaan parah dan seorang wanita tersepit di tempat duduk penumpang dan turut mengalami kecederaan parah.
“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dari dalam kereta tersebut oleh pihak bomba,” katanya yang turut memberitahu bahawa penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, dua mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke HUS menggunakan ambulans, tiga dihantar oleh orang awam dan seorang lagi dihantar unit EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Anggota daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) juga dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Sehingga berita ini ditulis semalam, keadaan kesemua mangsa serta punca kemalangan masih belum diketahui.


Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3GtH

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.