Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Sim mahu tagih sokongan padu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Sim mahu tagih sokongan padu

KUCHING: “Dahulu saya berkhidmat jaga jantung, tetapi sekarang saya berkhidmat untuk jaga ‘hati’ juga.”

Demikian kata calon Barisan Nasional (BN) Batu Kawah Datuk Dr Sim Kui Hian yang mahu sokongan padu daripada masyarakat bagi memenangi kerusi kawasan tersebut sekali gus membawa pembangunan yang diabaikan oleh pembangkang.

Beliau berkata banyak kemudahan perlu dinaik taraf dan memerlukan penambahbaikan di kawasan Batu Kawah.

“Kawasan ini di bawah pentadbiran pembangkang (DAP) tidak ada perubahan, apabila saya tiba di sini (Batu Kawah saya lihat banyak jalan rosak, longkang rosak, surau tidak cukup dan dewan tidak ada.

“Dalam tempoh lima tahun, kita hanya mampu berdiam dan tengok sahaja banyak tempat terabai,” katanya.

Dr Sim berkata demikian semasa berucap pada program Berambeh Bersama Rakyat di Surau Darul Rahman, Batu Kawa di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Cawangan PBB Batu Kitang Nancy Shukri.

Sehubungan itu katanya, sudah tiba masa untuk berubah dengan memberi sokongan kepada BN demi masa depan pembangunan dan masyarakat di kawasan DUN Batu Kawah.

“Selepas ini kita (BN) mahu menang di tempat ini bagi membawa perubahan kepada anda semua,” katanya.

Jelasnya, hanya BN mempunyai peruntukan setiap tahun yang digunakan untuk menjalankan pembangunan dalam konstituensi.

“Setiap tahun kita dapat RM4 juta, kalau lima tahun RM20 juta dan peruntukan itu digunakan untuk melaksanakan pembangunan.

“Tetapi jika kekal jatuh kepada DAP, apa yang dapat mereka buat, hanya tengok sahaja dan tiada perubahan berlaku,” jelas Dr Sim sambil menegaskan agar pembangkang berhenti mengecewakan rakyat dengan janji manis.

Kerusi DUN Batu Kawah menjadi perebutan tiga penjuru antara BN, DAP yang diwakili Christina Chiew Wang Sie dan calon Bebas Liu Thian Liong.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1QKw1mm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.