Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejutan di Kanowit, orang kuat PKR, Bebas umum sokong BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejutan di Kanowit, orang kuat PKR, Bebas umum sokong BN

SELAMAT KEMBALI: Alexander (empat kiri) bersalaman dengan Tira sambil diperhatikan Susan (tiga kiri), Paulus (dua kanan), Anthony (tiga kanan) serta yang lain pada program ‘walkabout’ di Rumah Anthony Ahju, Sungai Bawan di Kanowit, malam kelmarin.

SELAMAT KEMBALI: Alexander (empat kiri) bersalaman dengan Tira sambil diperhatikan Susan (tiga kiri), Paulus (dua kanan), Anthony (tiga kanan) serta yang lain pada program ‘walkabout’ di Rumah Anthony Ahju, Sungai Bawan di Kanowit, malam kelmarin.

KANOWIT: Satu kejutan berlaku di Rumah Anthony Ahju, Sungai Bawan di sini apabila penyokong kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah Thomas Laja Besi iaitu Mathew Tira Rugah beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Pada program ‘walkabout’ anjuran calon BN kerusi DUN Ngemah Alexander Vincent berserta isteri Susan Clement di rumah panjang tersebut pada malam kelmarin, Tira mengumumkan dirinya menyokong Alexander dan mengejutkan ramai pihak.

Turut bersama dengannya beralih ‘angin’ ke BN ialah Paulus Yan yang dilantik menjadi ejen Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bawan bagi calon Bebas DUN Ngemah Dr Joseph Jawa Kendawang.

Tira dan Paulus yang merupakan penduduk Rumah Anthony menyatakan pendirian masing-masing untuk menyokong BN dan Alexander khasnya.

Alexander ketika ditemui pemberita berkata, tindakan Tira dan Paulus itu satu langkah bijak dan kembali kerana meyakini kepimpinan BN.

“Mereka berdua ini sudah mulai sedar bahawa parti-parti lain selain BN tidak mampu membawa apa-apa pembangunan.

“Tira merupakan orang kuat PKR dan beliau antara orang pertama mewujudkan parti tersebut di DUN Ngemah,” katanya.

Alexander turut memuji langkah Tira dan Paulus dan menyifatkan mereka berdua berpandangan jauh mengenai politik.

Beliau berharap lebih ramai mereka yang terjebak ke saluran politik yang salah dapat kembali bersama BN.

“Kita bertambah yakin bahawa BN boleh menang DUN Ngemah pada pilihan raya kali ini. Kepulangan Tira dan Paulus ke pangkuan BN adalah satu tonik yang cukup berharga kepada BN.

“Kita menyambut baik kepulangan mereka berdua ke pangkuan BN. Saya berharap tindakan mereka berdua ini dapat menjadi contoh baik,” tambahnya.

Sementara itu, Tira dan Paulus enggan mengulas lanjut mengenai pendirian mereka beralih sokongan kepada BN.

“Apa yang penting, kami menyokong penuh BN terutama Alexander pada pilihan raya kali ini. Soal lain tak payah nak ditimbul. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Alexander kerana telah membuka pintu kepada kami.

“Kita berasa terharu kerana beliau masih menerima kami dengan hati yang terbuka. Tiada kata lain lagi, kami menyokong 100 peratus Alexander dan BN,” kata Tira dan Paulus.

Pada hari penamaan calon kerusi DUN Ngemah 25 April lepas, Tira telah menjadi penyokong kepada Thomas Laja dalam proses menghantar borang penamaan calon di Majlis Daerah Kanowit.

Permohonan Thomas Laja turut dicadang oleh Satu Anchom.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 ini, Alexander akan ditentang oleh Thomas Laja daripada PKR, Richard Lias daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan calon Bebas Dr Joseph Jawa Kendawang.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1QKw2qt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.