Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dakwaan pembangkang Sarawak dipinggir adalah fitnah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dakwaan pembangkang Sarawak dipinggir adalah fitnah

Oleh Nick Fletcher//

MESRA: Ismail berkesempatan merakam kenangan bersama dengan ahli-ahli Kelab WARIS.

MESRA: Ismail berkesempatan merakam kenangan bersama dengan ahli-ahli Kelab WARIS.

KUCHING: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM1.3 bilion daripada jumlah peruntukannya, RM5.4 bilion pada tahun ini kepada Sarawak.

Malah menurut Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada RM300 juta yang diperuntukkan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di seluruh negara, sebanyak RM88 juta adalah diagihkan untuk Sarawak.

“Peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk Sarawak sebenarnya adalah besar. Kalau pembangkang kata kerajaan persekutuan meminggirkan Sarawak, itu merupakan satu fitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual Se-Malaysia (WARIS) dan Ramah Mesra Persatuan Bekas Kakitangan KEMAS Malaysia (PBAKM) di Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Justeru, Ismail menyeru rakyat negeri ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

Dengan itu, katanya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan dapat terus bekerjasama bagi meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan persekutuan di negeri ini.

“Sebab itulah Kerajaan Sarawak pada hari ini mesti dikekalkan daripada BN supaya segala perancangan yang dibuat oleh kerajaan akan diteruskan dan dapat dilaksanakan dengan mudah,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail menambah, kementeriannya juga menyasar untuk memperkasakan pembangunan prasarana di Sarawak dengan menetapkan semua kampung di negeri ini mesti mempunyai jalan perhubungan menjelang 2020.

Sementara, Ismail berharap ahli Kelab WARIS yang terdiri daripada golongan muda bukan sahaja akan mengundi BN pada PRN11 ini tetapi juga berusaha menarik golongan muda untuk bersama-sama menyokong kerajaan BN.

“Seperti yang kita tahu, golongan muda sekarang agak kurang dari segi menyokong kerajaan.

“Jadi, ahli Kelab WARIS mesti bertindak sebagai ejen kita untuk menarik golongan muda menyokong kerajaan,” katanya.

Kelab WARIS diterajui oleh anak-anak bekas anggota KEMAS, PBAKM dan anak-anak anggota KEMAS yang masih berkhidmat.

 

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1QKw29N

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.