Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suasana kempen PRN11 di Kanowit terkawal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suasana kempen PRN11 di Kanowit terkawal

PERANG POSTER: Suasana di pekan Kanowit menjelang PRN11 berjalan lancar dan sentiasa dipantau polis.

PERANG POSTER: Suasana di pekan Kanowit menjelang PRN11 berjalan lancar dan sentiasa dipantau polis.

KANOWIT: Suasana berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) di Kanowit pada keseluruhannya terkawal setakat ini.

Walaupun tidak dinafikan ada dua laporan polis berkaitan kerosakan poster calon diterima sehingga kini, namun masalah itu berjaya ditangani oleh polis.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Daniel Desmond Benjamin ketika dihubungi berkata keadaan kempen di Ngemah dan Machan sentiasa dipantau oleh pihaknya.

Katanya satu laporan polis dikemukakan seorang pengadu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan bahan kempen pilihan raya seperti bendera dan poster parti itu dicabut dan didapati rosak di kawasan sebuah rumah panjang di Machan semalam.

“Kita hanya menerima dua laporan polis sehingga hari ini berkaitan bahan kempen pilihan raya di pekan ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa pasukan polis memastikan proses kempen dijalankan dengan lancar di sini.

“Anggota dan pegawainya berada di mana-mana memantau dan memastikan keadaan proses pilihan raya berjalan lancar sehingga hari mengundi 7 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua kes berjaya ditangani dan akan disiasat untuk tindakan lanjut.

“Secara keseluruhannya, suasana kempen di pekan ini adalah terkawal dan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga kini,” katanya.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3DhF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.