Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pastikan undi Bumiputera di Miri tidak pecah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pastikan undi Bumiputera di Miri tidak pecah

Oleh Mohd Norhadie Sahari//

JANGAN PECAH UNDI: Adenan (tengah) memimpin tangan calon BN Piasau Sebastian Ting (kanan) dan calon BN Senadin Lee (kiri) pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN N.73 Piasau di Miri, semalam.

JANGAN PECAH UNDI: Adenan (tengah) memimpin tangan calon BN Piasau Sebastian Ting (kanan) dan calon BN Senadin Lee (kiri) pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN N.73 Piasau di Miri, semalam.

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengingatkan pengundi Bumiputera bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, Pujut dan Senadin tidak memecahkan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau mengakui pengundi Bumiputera di kawasan bandar khasnya di ketiga-tiga DUN berkenaan memilih dan menyokong kerajaan BN termasuk calon yang bertanding.

“Pengundi Bumiputera selalunya sokong BN, jangan dipecahkan undi ini. Pada perkiraan saya, jika semua pengundi Bumiputera menyokong BN, kita pasti akan menang ketiga-tiga DUN ini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN N.73 Piasau di sini, semalam.

Beliau meminta pengundi Bumiputera terus memberi sokongan kepada calon BN dan tidak memihak kepada parti lawan atau dengan erti kata lain memecahkan undi kepada BN.

Pada majlis sama, Adenan juga menggesa pengundi Cina turut memberi sokongan kepada BN untuk memastikan suara mereka dalam kerajaan dapat didengar melalui wakil rakyat yang mereka pilih.

“Pengundi Cina harus membuat keputusan untuk diri mereka sama ada berpihak kepada kerajaan atau pembangkang, jika mereka mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan, mereka tahu apa perlu dibuat,” katanya.

Ia katanya bermaksud pengundi Cina harus memilih calon Cina yang mewakili BN pada pilihan raya kali ini supaya mereka juga menjadi sebahagian dalam usaha membentuk kerajaan.

“Bagaimana mungkin saya boleh membentuk kerajaan tanpa penglibatan kaum Cina kerana Sarawak juga mempunyai populasi Cina yang ramai.

“Justeru, ia terpulang kepada pengundi Cina untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu terdapat wakil dari kaum itu dalam kerajaan kelak atau sebaliknya,” tegas Adenan lagi.

Sementara itu, ketiga-tiga calon BN bagi kawasan DUN Piasau, Pujut dan Senadin diwakili oleh Cina iaitu Datuk Sebastian Ting (Piasau), Datuk Lee Kim Shin (Senadin) dan Datuk Hii King Chiong (Pujut).

Justeru kata Adenan, amat penting kepada pengundi Cina di ketiga-tiga DUN memberi sokongan padu kepada calon BN itu bagi memastikan suara mereka didengari dalam kerajaan.

Adenan pada majlis sama turut menjelaskan sebanyak 54 keputusan atau dasar yang telah dibuat untuk meringankan beban rakyat dan ia belum mencukupi dalam tempoh dua tahun.

“Saya amat berharap agar pengundi memberi mandat besar kepada saya untuk lima tahun lagi agar lebih banyak perkara atau keputusan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sarawak dapat dibuat,” jelasnya.

Hadir sama ialah calon BN Datuk Sebastian Ting (Piasau), Datuk Lee Kim Shin (Senadin), Datuk Bandar Miri Lawrence Lai, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan tetamu kenamaan lain.

Majlis anjuran SUPP Piasau itu turut dihadiri hampir 2,000 orang.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3AT3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.