Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan keliru, tiada istilah ‘rakan’ BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan keliru, tiada istilah ‘rakan’ BN

Oleh Mohd Shafik Ahmad//

 

KUCHING: Rakyat diingatkan agar tidak keliru dengan calon Bebas yang mendakwa diri mereka ‘rakan’ Barisan Nasional (BN) bagi meraih undi untuk memenangi pilihan raya.

Demikian saranan isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu yang mahu masyarakat bijak dalam memilih calon bagi mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah.

“Jangan undi calon yang mengaburkan mata, jangan keliru dengan mereka yang mengatakan mereka daripada parti ‘BN friendly’.

“Mereka ini hanya mahu memecahkan undi di kawasan ini, apa yang penting kita mesti sokong calon BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Berambeh Bersama Rakyat di Surau Darul Rahman, Batu Kawa di sini, semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan calon BN Batu Kawah Datuk Dr Sim Kui Hian.

Beliau menggesa agar masyarakat di Batu Kawa memberi sokongan kepada calon BN bagi meneruskan pembangunan yang ditinggalkan oleh pembangkang semasa pentadbirannya.

“Apa yang saya dapat lihat di sini, banyak yang perlu diperbaiki, dinaik taraf dan ditambah baik.

“Sebelum ini kawasan Batu Kawah dipegang oleh DAP tetapi tidak ada perubahan yang dilakukan,” katanya sambil menegaskan agar rakyat tidak terperdaya dengan agenda calon lain.

Apa yang penting katanya, memastikan kemenangan besar berpihak kepada BN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

“Ya, memang tidak dinafikan semua mahu pembangunan, tetapi yang penting sekarang ialah memastikan kemenangan BN terlebih dahulu.

“Sebab kita tidak mahu kawasan ini terus terabai dengan kekurangan yang ada di bawah pentadbiran pembangkang,” kata Jamilah.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3A5v

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.