Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Kampung Sinjan akan dapat jambatan konkrit baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Kampung Sinjan akan dapat jambatan konkrit baharu

TAKLIMAT: Daud (tengah) mendengar taklimat mengenai projek pembangunan di Kampung Sinjan. Turut kelihatan Fadillah (dua kiri), Fazruddin (dua kanan) serta yang lain.

TAKLIMAT: Daud (tengah) mendengar taklimat mengenai projek pembangunan di Kampung Sinjan. Turut kelihatan Fadillah (dua kiri), Fazruddin (dua kanan) serta yang lain.

KUCHING: Penduduk Kampung Sinjan di sini bakal menikmati jambatan konkrit baharu tahun depan sebaik kerja-kerja pembinaan siap pada November 2017.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jambatan baharu ini akan mula dibina pada 3 Mei ini bagi tempoh 18 bulan dengan kos RM2.5 juta.

“Projek ini adalah menerusi Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Datuk Daud Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kita Tupong.

“Selain itu, projek ini juga merupakan salah satu usaha kita di bawah program penggantian semua jambatan besi kepada konkrit oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Kampung Sinjan di tapak projek di sini, semalam.

Simbolik perasmian pecah tanah telah disempurnakan oleh Daud diiringi Fadillah serta turut disaksikan calon Barisan Nasional (BN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Tambah Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, kerajaan telah memperolehi beberapa tanah penduduk bagi memberi laluan kepada projek ini dan pampasan telah dibuat.

“Sekarang ini kita sudah bersedia untuk memulakan projek ini bermula pada 3 Mei ini dan akan siap dalam tempoh 18 bulan iaitu pada Nov 2017.

“Reka bentuk jambatan ini adalah dua lorong satu hala dan sebaik siap kelak ia akan memberi manfaat kepada semua penduduk kampung di Seberang Ulu antaranya Kpg Tupong, Sinjan, Tanjung dan Sungai Bedil,” tambahnya.

Dalam pada itu sebagai pengetahuan, jambatan Kampung Sinjan yang pertama telah dibina dalam tahun 1940-an menggunakan belian sebelum dibina semula pada 1981 daripada besi.

Berikutan gegaran serta bunyi bising yang kuat setiap kali dilalui oleh kenderaan, penduduk memohon agar jambatan ini ditukar kepada konkrit.

Selepas penantian yang agak lama, penduduk kini dapat menarik nafas lega apabila akhirnya projek ini diluluskan atas bantuan daripada bekas ADUN mereka Daud.

Panjang jambatan dua lorong satu hala ini ialah 36.6 meter dengan lebar 7.70 meter yang akan melancarkan lagi laluan kenderaan tanpa perlu beratur menunggu giliran.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1QKw2GO

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.