Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengundi di DUN Engkilili disaran terus menyokong Dr Rayong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengundi di DUN Engkilili disaran terus menyokong Dr Rayong

Oleh Frankie Junau//

BERSATU BERSAMA BN: Patricia (berdiri, empat kanan) bersama Chaong (belakang, dua kanan) Bangkong (dua kanan) serta yang lain menunjukkan isyarat ‘bagus’ ketika berkempen di Rumah Shem Ensum, Skim Skrang semalam.

BERSATU BERSAMA BN: Patricia (berdiri, empat kanan) bersama Chaong (belakang, dua kanan) Bangkong (dua kanan) serta yang lain menunjukkan isyarat ‘bagus’ ketika berkempen di Rumah Shem Ensum, Skim Skrang semalam.

KUCHING: Pengundi khasnya di DUN Engkilili disaran terus menyokong serta berdiri teguh di belakang calon langsung Barisan Nasional (BN) Dr Johnical Rayong Ngipa yang dipertanggungjawab untuk mempertahankan DUN ini pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

Ini kerana hanya BN berupaya menunaikan serta memahami aspirasi dan kesusahan rakyat selama ini seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang menghantui rakyat.

Patricia Sudok yang menyertai jentera kempen N.33 Engkilili di Rumah Shem Ensum, di Skim Skrang di sini malam kelmarin, menekankan pentingnya rakyat terutama masyarakat luar bandar terus mengundi BN menerusi wakil yang ditampilkan pada PRN ini.

“Jangan perjudi nasib dan masa depan kita di tangan pembangkang dan calon Bebas yang kehadiran mereka wajar dicurigai kerana kehadiran mereka bermusim dan ketika pilihan raya sahaja sebaliknya menghilang selepas itu,” katanya.

“Lagi pun selama ini hanya Dr Rayong yang banyak menghabiskan masa bersama rakyat, mencari dan menyelesaikan masalah anda, justeru tidak ada sebab untuk pengundi khasnya di DUN ini tidak memberi undi sekali lagi kepada beliau,” katanya.

Bercakap lanjut, beliau menekankan bahawa masih banyak kawasan di konstituensi ini memerlukan sentuhan BN yang pastinya sangat memahami setiap denyut nadi rakyat.

“Berilah peluang lima tahun lagi kepada Dr Rayong berkhidmat kepada anda dan sebagai anak jati di DUN ini beliau pasti tahu apa keperluan mendesak rakyat terutama dengan keprihatinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang selama dua tahun mentadbir sangat mengambil berat keperluan luar bandar tanpa mengabaikan keperluan masyarakat bandar,” ujarnya.

Tambahnya, beliau sebagai isteri sangat menyokong dan berdiri teguh di belakang suaminya itu untuk terus berbakti kepada rakyat DUN Engkilili.

“Usah risau, kami sekeluarga merestui beliau untuk terus menabur bakti kepada rakyat selagi anda memerlukan khidmat baktinya…maka itu saya mengajak anda semua terus menyokong beliau pada hari pembuangan undi kelak,” katanya sambil berharap Dr Rayong dipilih membarisi kabinet negeri akan datang.

Turut berucap pada majlis yang turut dihadiri lebih 23 tuai rumah itu, ialah Kaunselor Tuai Rumah Bangkong Maweng dari Ensawang serta Kaunselor Chaong Beringai, dari Skim Skrang di sini.

Kedua-dua pemimpin PRS Cawangan Engkilili itu sependapat bahawa pengundi di DUN Engkilili tidak harus membazirkan undi memangkah calon pembangkang dan Bebas kerana hanya BN menerusi calon langsungnya Dr Rayong prihatin keperluan mendesak mereka.

“Sehubungan itu saya menggesa anda semua tidak terperdaya dakyah pembangkang dan menjauhi fitnah mereka yang seolah-olah tidak berkesudahan itu.

“Cara kempen seperti itu pasti tidak diterima rakyat sebaliknya harus berkempen dengan penuh hemah, jujur dan tidak melaga-lagakan pemimpin dan rakyat bawahan,” kata Bangkong.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3CKs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.