Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sokong BN untuk pembangunan rakyat, kata Jabu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sokong BN untuk pembangunan rakyat, kata Jabu

MESRA: Jabu bersalaman dengan penduduk rumah panjang setibanya di Sungai Stapang B. Kelihatan di belakang Jabu ialah Tuai Rumah Tanjong dan Gerawat.

MESRA: Jabu bersalaman dengan penduduk rumah panjang setibanya di Sungai Stapang B. Kelihatan di belakang Jabu ialah Tuai Rumah Tanjong dan Gerawat.

MARUDI: Memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) ialah kuasa paling besar bagi mempertahan pembangunan untuk rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Jelasnya, ia terbukti apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bajet besar bagi membangunkan kawasan luar bandar.

“Begitu juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang pemurah dan baik hati telah berjaya menyelesaikan 53 perkara demi kebaikan rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tanjong Nundong di Sungai Stapang B, kira-kira 40km dari sini, petang semalam.

Pada majlis itu, Jabu turut memberitahu bahawa pengundi bahawa calon DUN N.78 Mulu Datuk Gerawat Gala bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN) dan mengguna lambang dacing.

Gerawat berbangsa Kelabit dan berasal dari Bario, merupakan menantu kepada mendiang Datuk Amar Joseph Balan Seling dan pencalonannya atas kehendak Adenan yang mahukan setiap kaum ada mempunyai wakil dan kerusi Mulu, menurut Jabu merupakan peluang bagi wakil kaum Kelabit.

“Walaupun bilangan kaum Kelabit kecil, kita mahu wakil rakyat Kelabit untuk menyuarakan masalah rakyat di Mulu,” katanya.

Menurut Jabu, walaupun BN sudah menang dua kerusi tanpa bertanding, pada hari penamaan calon iaitu Bukit Sari dan Bukit Kota, namun BN perlu lebih banyak lagi kerusi untuk dimenangi bagi mengembalikan semula pemerintahan BN.

“Kita mesti menyokong BN dan tolak parti pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat membawa kemajuan dan pembangunan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laing Anyie dan Esik Utau serta isteri Gerawat Datin Esther Balan.

 

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1QKvZLc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.