Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan terperdaya dakwaan Bebas boleh sertai BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan terperdaya dakwaan Bebas boleh sertai BN

Oleh Watt Zacchaeus//

TOLAK CALON BEBAS: Alexander ketika berucap di Rumah Dandi, Ulu Jih di Kanowit, kelmarin.

TOLAK CALON BEBAS: Alexander ketika berucap di Rumah Dandi, Ulu Jih di Kanowit, kelmarin.

Rakyat dinasihati tidak terpengaruh dengan cakap Dr Joseph yang sering mewujudkan kekeliruan

 

KANOWIT: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah Alexander Vincent menasihati rakyat di konstituensi tersebut agar tidak terpengaruh dengan dakwaan calon Bebas di DUN Ngemah Dr Joseph Jawa Kendawang yang sering mewujudkan kekeliruan.

Katanya calon Bebas tidak boleh menyertai Barisan Nasional (BN) dan apa yang didakwa Dr Jawa semasa kempennya tidak benar.

“Dr Jawa menganggap dirinya boleh menyertai BN jika memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini di kerusi DUN Ngemah, ini tidak berasas.

“Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa BN tidak menerima mana-mana calon Bebas menyertai BN meskipun mereka menang pada pilihan raya ini.

“Justeru, jangan mempercayai apa-apa ‘taktik’ calon lain selain daripada BN. Ia sudah jelas apa yang diperkatakan oleh Adenan,” katanya semasa sesi kempen dan ‘walkabout’ di Rumah Dandi Ensali di Ulu Jih di sini, kelmarin.

Turut serta ialah isterinya Susan Clement, Penghulu Barnabas Angkis serta jentera BN DUN Ngemah.

Beliau menegaskan tindakan calon Bebas menggunakan isu tersebut adalah satu cara yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“Janganlah menipu rakyat dalam usaha memancing undi. Gunalah isu lain yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Biarlah kita bersaing secara sihat,” tegasnya.

Selepas mengunjungi Rumah Dandi, Alexander serta jenteranya berkunjung ke Rumah Wilfred Kiroh dan Rumah Kaunselor Brian Langit yang masing-masingnya terletak di kawasan Ulu Jih.

Selepas berkempen di Ulu Jih, beliau meneruskan kempennya di Rumah Anthony Ahju, Sungai Bawan di sini pada sebelah malamnya.

Sebelum meneruskan kempen dan ‘walkabout’, Alexander dan jenteranya terdahulu menjalani upacara ‘miring’ di pejabat Parti Rakyat Sarawak (PRS) DUN Ngemah di pekan Kanowit pada sebelah paginya.

Ketika bercakap di Rumah Wilfred, beliau menyeru kepada penduduk agar terus memberi sokongan kepada BN bagi pembangunan yang berterusan.

Katanya kawasan Ulu Jih masih memerlukan pembangunan dan beliau berharap akan menyelesaikan apa-apa pembangunan yang masih belum terlaksana di kawasan tersebut.

Ketika di Rumah Kaunselor Brian, Alexander mahu pengundi menutup pintu kepada calon Bebas yang tidak boleh membawa apa-apa pembangunan kepada rakyat seandainya menang.

“Rugi seandainya kita tidak memilih BN. Kita akan hilang RM25 juta daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk memperkasakan pembangunan di kawasan luar bandar.

“Ini kerana kawasan DUN Ngemah masih memerlukan pembangunan,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menyasarkan 70 peratus undi memihak kepada BN di kawasan Ulu Jih pada PRN kali ini.

“Apa yang penting ialah mempertingkatkan undi kepada BN di kawasan Ulu Jih ini kerana pada PRN Ke-10, BN tewas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ulu Jih ini.

“Jika masih kalah lagi, usaha pembangunan di kawasan Ulu Jih ini akan lambat meskipun BN menang keseluruhannya apatah lagi jika BN tewas, tiada apa-apa lagi pembangunan yang akan dapat dilaksanakan kelak,” katanya.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1QKw2GQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.