Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fazzrudin terus dekati penduduk Tupong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fazzrudin terus dekati penduduk Tupong

KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman meneruskan kempen hari ketujuh semalam dengan turun padang mendekati dan beramah mesra bersama penduduk Tupong.

Antara lokasi persinggahan Fazzrudin semalam ialah Kampung Sinjan yang terletak di Seberang Ulu dekat sini sempena majlis perasmian pecah tanah jambatan kampung berkenaan.

Kehadiran Fazzrudin disambut hangat oleh penduduk kampung daripada pelbagai peringkat usia yang mengibaratkan calon BN ini sebagai pendekar muda Tupong.

Dalam ucapan aluannya, Ketua Ranting PBB Kampung Sinjan Jamaluddin Buji memberi jaminan kampung ini akan tetap menjadi kubu kuat BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

Malah katanya, penduduk Kampung Sinjan juga bersedia untuk berdiri teguh di belakang calon mereka ini bagi memastikan kemenangan BN dengan undi majoriti.

“Harapan kami, calon baharu Tupong akan meneruskan agenda pembangunan yang telah dibawa oleh Datuk Daud Abdul Rahman sepanjang 25 tahun ini,” katanya.

Sementara itu Fazzruddin dalam ucapan ringkasnya menggesa penduduk mengekalkan semangat setia kawan yang tinggi antara mereka dan pemimpin masyarakat.

Semangat setia kawan ini katanya, merupakan resipi kepada pembangunan dan kesejahteraan yang dikecapi penduduk Tupong selama ini.

“Saya berharap anda akan memberi keyakinan serta peluang untuk saya membuktikan kemampuan saya sebagai wakil anda di Tupong ini.

“Saya juga berjanji akan meneruskan pembangunan yang telah dibawa oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kita di Tupong ini,” katanya.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1QKw2GK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.