REMAJA PUTUS KEPALA DALAM NAHAS NGERI RAGUT DUA NYAWA
Remaja putus kepala dalam nahas ngeri ragut dua nyawa! Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ( انّا للہ و انّا الیہ راجعون) | Dua pelajar lelaki maut dengan seorang daripadanya putus kepala selepas terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum digilis kereta dekat Kampung Gong Kubur, Permaisuri, petang tadi.
Memetik laporan myMetro, kemalangan ngeri jam 5.20 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 17 tahun yang belum diketahui identiti, berkonvoi dengan 28 lagi motosikal menuju Wakaf Tengah dipercayai dalam perjalanan pulang dari berkelah.
Namun setiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki dua remaja itu bergesel sesama sendiri sebelum mereka terjatuh ke atas jalan. Pada masa sama, sebuah kereta jenis Hyundai dari arah Penarik menuju bandar ini dikatakan gagal membrek lalu merempuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Jelasnya, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.
“Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Maras dan Tepoh, maut di tempat kejadian dengan seorang mangsa putus kepala,” katanya.
الَلهُمَّ اكْتُبْهُ عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَهُ ِفي ِعلّيِّين
وَاْخلُفْهُ في أَهْلِهِ في الغَابِرين
وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ
وَاْخلُفْهُ في أَهْلِهِ في الغَابِرين
وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ
Allahumma uktubhu ‘indaka fil muhsinin waj’al kitabahu fi ‘illiyyin
wakhlufhu fi ahlihi fil ghabirin
wala tahrimna ajrahu wala taftinna ba’dahu
wakhlufhu fi ahlihi fil ghabirin
wala tahrimna ajrahu wala taftinna ba’dahu
Ertinya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali.
Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu
Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu
AL-FATIHAH
Sumber : www.ammboi.com
Post a Comment